Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Previu Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok – Lebih Taktikal & Mencabar, Expansion Ini Mengubah Segalanya

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 18, 2026
in Action, Artikel, Berita, Nintendo Switch 2, PC, Preview, PS5, RPG, Steam
0 0
0
Previu Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok – Lebih Taktikal & Mencabar, Expansion Ini Mengubah Segalanya
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa Granblue Fantasy: Relink mula-mula dilancarkan, ia terus memikat peminat action-RPG menerusi sistem combat yang pantas serta mod co-op endgame yang mencabar.

Namun, selepas meluangkan banyak masa di Zegagrande Skydom, pemain mula mengharapkan endgame loop yang lebih lancar dan pertarungan bos yang tidak terlalu bergantung kepada refleks sepantas kilat semata-mata.

Di sinilah Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok hadir membawa perubahan. Bakal dilancarkan pada 9 Julai 2026, expansion berskala besar ini membawakan rombakan besar terhadap sistem gameplay.

Berdasarkan sesi uji cuba selama 45 minit serta sesi perkongsian bersama Pengarah Kreatif, Tetsuya Fukuhara, dan Pengarah Endless Ragnarok, Sanshiro Hidaka, jelas sekali bahawa pihak pembangun ingin membentuk semula identiti game ini demi menarik minat pemain veteran mahupun pemain baharu.

Kisah Cerita Malapetaka Tanpa Akhir

Kisah Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok bermula sejurus selepas tamatnya kempen asal, selepas kekalahan Lilith. Keamanan di Zegagrande tidak bertahan lama apabila diganggu oleh kehadiran “Ragnalia”: entiti pemusnah dunia yang dikenali sebagai Heralds of Doom.

Portal-portal misteri mula muncul di langit lalu mengheret alam tersebut ke dalam krisis yang tiada kesudahan.

Nama expansion Endless Ragnarok sebenarnya diambil daripada tajuk salah satu runut bunyi game asal yang mengandungi perkataan “Ragnarok”.

Berpandukan melodi tersebut, pasukan pembangun membina naratif bertemakan malapetaka yang bukan sekadar satu peristiwa kemusnahan, sebaliknya fasa ketakutan kosmik yang berterusan tanpa henti.

Watak Baharu yang Boleh Dimainkan

Untuk menentang ancaman besar ini, game ini menambah enam watak baharu. Masing-masing membawakan keunikan tersendiri ke medan lawan:

  • Beatrix ialah pahlawan taktikal high’-risk, high-reward’ yang menggunakan pelbagai self-buff sambil sangat bergantung pada charged attack dengan timing yang tepat.
  • Eustace pula menawarkan pilihan serangan jarak jauh yang lincah dan pantas bagi pemain yang lebih gemar menyerang dari jauh.
  • Bagi yang menyukai kekuatan fizikal, watak Draph berbadan sasa iaitu Gallanza menawarkan hayunan senjata yang perlahan namun berat dan memberikan impak yang sangat kuat.
  • Maglielle pula bertindak sebagai watak caster yang unik; beliau menggunakan “sihir” yang menyeru dan menghujani musuh dengan ratusan bilah pedang terapung.
  • Fraux membawakan gaya combat jarak dekat berasaskan seni bela diri, di mana beliau boleh menyeru entiti summon untuk membantu memberikan tumbukan.
  • Akhir sekali, Fediel melengkapkan barisan watak sebagai ahli sihir jarak dekat yang menggunakan kuasa Dragon Magic.

Kehadiran watak-watak ini bukan sahaja memberikan variasi dalam gameplay untuk membantu pemain menemui watak kegemaran baharu, malah sangat membantu ketika menempuh kandungan melimpah-ruah yang ditawarkan dalam Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok.

Pendekatan Baharu dalam Combat

Walaupun aksi dodging dan perfect-block kekal penting untuk terus hidup, Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok menambah mekanik yang lebih mendalam serta elemen teka-teki ringan dalam pertarungan bos.

Pertarungan bukan sahaja lagi tentang impak damage maksimum, malah memerlukan kesedaran ruang dan pengurusan sumber yang jauh lebih baik.

Peralihan taktikal ini sangat jelas apabila menentang “The World,” sebuah entiti penting dalam sejarah naratif siri ini. Sambil mengurangkan nyawa bos secara perlahan-lahan, pemain perlu sentiasa memerhatikan arah serangan musuh.

Ahli pasukan perlu bekerjasama untuk mengalihkan penanda lantai ke kedudukan yang selamat demi bertahan daripada serangan AoE yang merangkumi seluruh arena. Pertarungan ini jauh lebih mencabar dan memaksa kita menggunakan skill serta item dengan lebih strategik.

Bagi menyusahkan lagi keadaan, ancaman persekitaran berbentuk seakan-akan kad akan muncul secara tiba-tiba semasa pertarungan. Pemain perlu sasar dan memusnahkan ancaman tersebut dengan segera sebelum ia diserap oleh bos yang akan memberikan stat boost yang sangat besar kepada musuh.

Master Traits dan Sistem Kemajuan Watak

Sistem kemajuan (yang berwajah baharu) turut membuatkan watak-watak original terasa serba baharu untuk dimainkan semula. Demi membantu pemain menyesuaikan build watak untuk menghadapi pertarungan bos yang mencabar ini, sistem kemajuan watak telah dirombak menerusi sistem Master Traits.

Sistem grid ini memperkenalkan laluan gaya “Insight,” “Essence,” atau “Crux” yang mengubah pendekatan combat watak secara lebih luas. Anda boleh membuka pelbagai traits di sepanjang laluan dan melengkapkan sehingga tiga; memadankan tiga jenis traits yang sama akan mengaktifkan efek Style Rank Perk.

Sistem Master Traits direka khusus untuk setiap watak:

  • Gran: Memilih laluan defensif meningkatkan kemampuannya untuk melindungi rakan sepasukan dan menyerap serangan musuh. Sebagai alternatif, laluan ofensif meningkatkan kuasa serangan, menaikkan had damage, dan memendekkan tempoh skill cooldown. Pilihan lain seperti laluan “Combat Healer” pula memberikan buff serangan dan damage cap yang ‘bertambah./stack’ setiap kali beliau menyembuhkan pasukan.
  • Id: Boleh mendapatkan follow-up attack tambahan pada kombo tertentu.
  • Maglielle & Gallanza: Boleh meningkatkan skill gauge generation mereka.

Ciri ini menambahkan variasi peranan dalam sesi online matchmaking. Ini bermakna, walaupun anda berada dalam satu pasukan dengan watak yang sama, gaya permainan, setup, dan sumbangan pasukan masing-masing akan terasa sangat berbeza.

Summon dan The Conflux

Sistem combat turut menerima peningkatan yang menarik melalui pengenalan Summon Gauge yang dinamik. Dengan memenuhi tolok ini sewaktu combat, anda boleh menyeru Primal Beast yang dikenali ramai seperti Furycane atau Managarmr terus ke medan lawan, dan mengawalnya buat seketika untuk mengubah hala tuju pertarungan.

Sekiranya tindakan ini dilakukan pada masa yang tepat di bawah syarat tertentu, serangan penamat biasa pasukan akan bertukar menjadi “Primal Burst” yang menghasilkan damage yang jauh lebih tinggi berbanding Full Burst biasa.

Bagi pemain solo, pihak pembangun memperkenalkan mod roguelite yang dipanggil “The Conflux,” iaitu satu mod singleplayer yang direka bagi memudahkan proses leveling di peringkat awal hingga pertengahan permainan.

Menggantikan struktur misi yang lurus, mod ini menggunakan sistem laluan bercabang di mana pada akhir setiap peringkat, anda perlu memilih antara dua portal berbeza. Portal-portal ini membawa kepada bilik-bilik pertempuran: dari survival gauntlet, pertarungan bos, sehinggalah teka-teki unik atau zon rehat.

Antara tarikan utama mod ini ialah “Illusion Hall”: sebuah mingame di mana anda perlu meneliti persekitaran sebuah bilik pada laluan pertama, kemudian mengesan perubahan struktur atau keanehan pada laluan kedua untuk meneruskan perjalanan.

Kejayaan melepasi bilik-bilik ini membolehkan kita memilih upgrade Aura pada penghujung peringkat, seperti meningkatkan stun power, critical rate, critical damage, damage cap, link attack, dan banyak lagi. Ini mewujudkan ‘roguelite progression loop’ yang sangat memuaskan.

Pendapat Setakat Ini

Secara keseluruhan, expansion Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok ini terasa sangat besar dan berusaha memenuhi impian para peminat untuk mendapatkan kemas kini kandungan yang lebih besar dan berani.

Pengalaman kami menguji game ini menunjukkan bahawa Cygames tidak melupakan elemen combat yang pantas dan responsif yang membuatkan game asal begitu menyeronokkan.

Sebaliknya, mereka telah menambah cabaran taktikal yang lebih mendalam, pelbagai build watak yang memuaskan, dan mekanik bos yang bijak bagi mengelakkan aktiviti high-level farming daripada terasa membosankan.

Dengan sokongan penuh cross-platform play untuk PlayStation, PC, dan Nintendo Switch 2, expansion ini turut menyelesaikan kebimbangan komuniti tentang jangka hayat permainan untuk jangka panjang.

Sama ada anda mahu membawa watak kegemaran menerokai laluan Master Trait serba baharu, atau baru pertama kali menjejakkan kaki ke Zegagrande, Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok pastinya sebuah game yang wajib dimainkan oleh peminat genre action-RPG.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: Granblue Fantasy: Relink - Endless Ragnarokpreviu
ShareTweetSend
Previous Post

Spider-Man: Brand New Day – Hulk Jadi Musuh? Apa Yang Kami Belajar Daripada Trailer Baru

Next Post

Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok – Rahsia Sebalik 6 Watak Baru, Keupayaan Rakan AI, & Mekanik Summon

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Pemilik GTA 5 Di Konsol Lama Layak Terima Naik Taraf Percuma Ke “Current-Gen”
Berita

Pemilik GTA 5 Di Konsol Lama Layak Terima Naik Taraf Percuma Ke “Current-Gen”

June 18, 2026
Street Fighter 6 – Fighter Yasmine Dari Filipina Bakal Tiba 3 Ogos 2026
DLC

Street Fighter 6 – Fighter Yasmine Dari Filipina Bakal Tiba 3 Ogos 2026

June 18, 2026
FINAL FANTASY TACTICS – The Ivalice Chronicles – Update Baru Tambah New Game+ & Sistem Zodiac
Berita

FINAL FANTASY TACTICS – The Ivalice Chronicles – Update Baru Tambah New Game+ & Sistem Zodiac

June 18, 2026
Next Post
Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok – Rahsia Sebalik 6 Watak Baru, Keupayaan Rakan AI, & Mekanik Summon

Granblue Fantasy: Relink - Endless Ragnarok - Rahsia Sebalik 6 Watak Baru, Keupayaan Rakan AI, & Mekanik Summon

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd