Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Persona 4 Revival – Atlus Dedah Barisan Pelakon Suara Inggeris Untuk Remake

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 17, 2026
in Artikel, Berita, PC, PS5, Remake, RPG, Senarai, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Persona 4 Revival – Atlus Dedah Barisan Pelakon Suara Inggeris Untuk Remake
Share on FacebookShare on Twitter

Atlus dan Sega telah mendedahkan barisan pertama pelakon suara bahasa Inggeris untuk Persona 4 Revival, iaitu versi remake bagi RPG klasik kegemaran ramai yang bakal dilancarkan pada tahun depan.

Berbeza dengan versi bahasa Jepun yang mengekalkan barisan pelakon suara asal, versi dub bahasa Inggeris untuk remake ini akan menampilkan barisan pelakon yang baharu sepenuhnya.

Berikut ialah senarai pelakon suara bahasa Inggeris yang diumumkan berserta watak Persona 4 Revival yang bakal mereka pegang:

  • Protagonis (Yu Narukami): Disuarakan oleh Nazeeh Tarsha (menggantikan Johnny Yong Bosch). Tarsha cukup dikenali menerusi watak Alhaitham dalam Genshin Impact dan Kafka dalam Kaiju No. 8.

Role call! 📢

Please give a warm welcome to some of our incredibly talented English voice cast in Persona 4 Revival ⬇️

Calm, cool, and collected – the Protagonist will be voiced by Nazeeh Tarsha! @NazeehTarsha pic.twitter.com/DoM7JjgnmE

— Official ATLUS West (@Atlus_West) June 16, 2026
  • Yosuke Hanamura: Disuarakan oleh Paul Castro Jr. (menggantikan Yuri Lowenthal). Castro sebelum ini pernah meminjamkan suaranya dalam Neo: The World Ends with You selain memegang peranan sampingan dalam Persona 3 Reload.

Probably falling off a bike somewhere – Yosuke Hanamura will be voiced by Paul Castro Jr.! @PaulCastroJr pic.twitter.com/tEDfJ5bAzA

— Official ATLUS West (@Atlus_West) June 16, 2026
  • Chie Satonaka: Disuarakan oleh Anne Yatco (menggantikan Erin Fitzgerald dalam Persona 4 Golden dan Tracey Rooney dalam versi PS2). Antara peranan popular Yatco sebelum ini termasuklah Raiden Shogun dalam Genshin Impact dan Nobara Kugisaki dalam Jujutsu Kaisen.

We can’t forget our meat-loving, kicking queen Chie Satonaka, voiced by Anne Yatco! @annejyatco pic.twitter.com/cAJX1o1qWb

— Official ATLUS West (@Atlus_West) June 16, 2026
  • Yukiko Amagi: Disuarakan oleh Brianna Knickerbocker (menggantikan Amanda Winn Lee). Beliau cukup dikenali sebagai suara di sebalik watak Hu Tao dalam Genshin Impact dan Rem dalam siri anime Re:Zero.

This just inn – the soft-spoken Yukiko Amagi will be voiced by Brianna Knickerbocker! @briannanoellek pic.twitter.com/u8WdaGSgq4

— Official ATLUS West (@Atlus_West) June 16, 2026
  • Marie: Disuarakan oleh Ari Thrash (menggantikan Eden Riegel). Thrash sebelum ini pernah menyumbang suara untuk watak Yao Guang dalam Honkai: Star Rail.

Rounding us out is the fashionable Velvet Room assistant, Marie, voiced by Ari Thrash! @AriThrashVO pic.twitter.com/2mZgohLg3n

— Official ATLUS West (@Atlus_West) June 16, 2026

Kita juga tidak perlu menunggu lama untuk melihat perkembangan lanjut mengenai remake ini. Atlus bakal mengadakan satu sesi livestream khas Persona 4 Revival pada 19 Jun 2026. Sesi ini akan dihoskan oleh Pengarah dan Penerbit Kreatif P-Studio, Kazuhisa Wada. Beliau dijangka berkongsi butiran baharu tentang gameplay dan perubahan moden yang bakal dibawa ke game.

Game ini akan keluar pada 18 Februari 2027 untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC (melalui Steam dan Microsoft Store). Ia juga akan tersedia di Xbox Game Pass seawal hari pertama pelancaran, di mana sesi pre-order sudah pun dibuka di semua platform.

Tags: Persona 4 Revival
ShareTweetSend
Previous Post

AMD Jangka Harga DDR5 Pulih Perlahan, Kembali Normal Pada 2028

Next Post

Creators Super Fest Singapore 2026 Kembali Julai 2026, Bawa Peluang Terbang Ke Jepun

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Creators Super Fest Singapore 2026 Kembali Julai 2026, Bawa Peluang Terbang Ke Jepun
Acara

Creators Super Fest Singapore 2026 Kembali Julai 2026, Bawa Peluang Terbang Ke Jepun

June 17, 2026
AMD Jangka Harga DDR5 Pulih Perlahan, Kembali Normal Pada 2028
Teknologi

AMD Jangka Harga DDR5 Pulih Perlahan, Kembali Normal Pada 2028

June 17, 2026
Pembangun Sebenar Beri Amaran! Kempen Kickstarter ‘Project GT’ Adalah Scam!
Berita

Pembangun Sebenar Beri Amaran! Kempen Kickstarter ‘Project GT’ Adalah Scam!

June 17, 2026
Next Post
Creators Super Fest Singapore 2026 Kembali Julai 2026, Bawa Peluang Terbang Ke Jepun

Creators Super Fest Singapore 2026 Kembali Julai 2026, Bawa Peluang Terbang Ke Jepun

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd