Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Double Fine, Ninja Theory & Compulsion Ingin Berpisah Dari Xbox, Untuk Elakkan Studio Daripada Ditutup

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 16, 2026
in Artikel, Berita, Industri
0 0
0
Double Fine, Ninja Theory & Compulsion Ingin Berpisah Dari Xbox, Untuk Elakkan Studio Daripada Ditutup
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa studio first-party Xbox sedang berunding untuk berpisah daripada Microsoft demi mengelakkan penutupan studio sepenuhnya.

Laporan Bloomberg oleh Jason Schreier mendedahkan bahawa Compulsion Games (Montreal), Double Fine Productions (San Francisco), dan Ninja Theory (Cambridge) merupakan antara studio utama yang sedang menerokai pilihan ‘buyback’ untuk kembali beroperasi sebagai independent developer. Sungguhpun kebebasan itu mampu menyelamatkan pasukan kreatif daripada dibubarkan secara total, sumber rapat dengan isu itu memberi amaran bahawa sebarang perjanjian yang dicapai berkemungkinan besar tetap akan disusuli dengan pemberhentian kerja yang besar.

These are not the only three Xbox studios at risk of closure, but there's still a lot of uncertainty surrounding the company's plans. More to come in the next few days and weeks. Safe to say that the Xbox of July will look drastically different than the Xbox of June.

— Jason Schreier (@jasonschreier.bsky.social) June 16, 2026 at 4:34 AM

Pekerja di beberapa studio terbabit dilaporkan telah dimaklumkan tentang isu semasa, malah diberi kebenaran untuk mula mencari pekerjaan lain sementara menanti status muktamad studio mereka. Schreier turut mendedahkan di Bluesky bahawa ketiga-tiga nama ini bukanlah satu-satunya studio Xbox yang berdepan risiko, namun pelaksanaan layoff rasmi dijangka hanya bermula selepas tahun kewangan Microsoft berakhir pada 30 Jun.

No, the layoffs are happening after the end of fiscal year on June 30. Right now information is being disseminated to studios (and leaking out) and plans are being finalized.

— Jason Schreier (@jasonschreier.bsky.social) June 16, 2026 at 4:36 AM

Huru-hara Melanda Studio Kreatif Xbox

Khabar angin mengenai penutupan ini hadir selepas beberapa laporan yang membimbangkan serta bercanggah mengenai nasib beberapa pembangun:

  • Ninja Theory: Portal The Verge melaporkan bahawa pekerja studio di sebalik IP Hellblade telah dimaklumkan mengenai rancangan penutupan hari ini, walaupun pihak pengurusan masih menaruh harapan untuk mencari pembeli bagi mengekalkan pasukan mereka. Berita ini amat mengejutkan memandangkan Ninja Theory baru sahaja mengumumkan game baharu, Senua, di acara Xbox Games Showcase 2026 awal bulan ini.
  • Compulsion Games: Kotaku melaporkan bahawa Microsoft bersedia untuk menutup studio pembangun di sebalik projek South of Midnight. Bagaimanapun, laporan itu dikemas kini dengan menyatakan bahawa barisan kepimpinan Compulsion sebenarnya sedang dalam rundingan rahsia bersama Xbox mengenai masa depan mereka.
  • Double Fine Productions: Studio pimpinan veteran industri Tim Schafer terkenal dengan francais ikonik seperti Psychonauts serta projek kecil seperti Kiln dan Keeper. Selepas diambil alih oleh Microsoft pada 2019 di bawah era CEO Phil Spencer, pasukan tersebut dilaporkan sedang mengusahakan proses buyout demi kembali ke indie.

Langkah drastik ini merupakan sebahagian daripada rombakan korporat lebih luas di bawah Asha Sharma, yang dilantik sebagai CEO Xbox pada Februari 2026. Minggu lalu, Sharma mengedarkan memo dalaman bertajuk “Next 100 Days: Xbox Reset,” yang menjelaskan tentang proses penstrukturan yang pahit tidak lama lagi.

Menerusi memo itu, Sharma menyifatkan ekosistem studio first-party ketika ini sebagai “overextended” sambil mendedahkan tekanan makroekonomi yang semakin menghimpit.

Tags: CompulsionDouble FineNinja Theoryxbox
ShareTweetSend
Previous Post

Kuala Lumpur Mulakan Pokémon 30th Anniversary Tour Dengan Persembahan Dron & Fun Run Interaktif

Next Post

Adakah Pokémon Center Kekal Akan Dibuka Di Malaysia? Ini Jawapan The Pokémon Company

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu FINAL FANTASY X/X-2 HD Remaster (Edisi Nintendo Switch 2) – Kurang Grinding Tetapi Gameplay Masih Hebat
Review

Reviu FINAL FANTASY X/X-2 HD Remaster (Edisi Nintendo Switch 2) – Kurang Grinding Tetapi Gameplay Masih Hebat

July 31, 2026
Borderlands 4 – Masa Untuk ‘Grinding’ Loot Baru Dengan Bounty Pack 4
DLC

Borderlands 4 – Masa Untuk ‘Grinding’ Loot Baru Dengan Bounty Pack 4

July 31, 2026
Sekuel Stellar Blade Muat Naik “Video Muzik AI,” Timbul Kontroversi Di Kalangan Komuniti Gamer
Berita

Sekuel Stellar Blade Muat Naik “Video Muzik AI,” Timbul Kontroversi Di Kalangan Komuniti Gamer

July 31, 2026
Next Post
Adakah Pokémon Center Kekal Akan Dibuka Di Malaysia? Ini Jawapan The Pokémon Company

Adakah Pokémon Center Kekal Akan Dibuka Di Malaysia? Ini Jawapan The Pokémon Company

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru
Mobile

BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru

July 20, 2026
Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026
Manga

Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026

July 17, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd