Activision dan Infinity Ward mengumumkan bahawa pemain yang membuat digital pre-order bagi Call of Duty: Modern Warfare 4 bakal menerima akses awal untuk single-player campaign game tersebut. Tempoh early access ini akan bermula pada 17 Oktober 2026, iaitu kira-kira seminggu sebelum pelancaran rasminya secara global pada 23 Oktober 2026.
Akses awal ditawarkan kepada sesiapa sahaja yang membuat pra-pembelian sama ada versi digital Standard Edition atau Vault Edition bagi game ini. Ia akan tersedia di hampir semua platform utama, termasuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC (melalui Steam, Battle.net, serta aplikasi Xbox PC). Selain itu, game ini juga bakal dilancarkan di Nintendo Switch 2, dengan digital pre-order bagi konsol tersebut akan dibuka lewat tahun ini.
Dibangunkan oleh Infinity Ward, Modern Warfare 4 mengembalikan francais kepada latar tentera yang lebih realistik. Single-player campaign kali ini akan meneroka konflik fiksyen di Semenanjung Korea menerusi dua jalan cerita yang bergerak secara selari.
Di satu sudut konflik, kita akan mengikuti kisah Private Park, seorang tentera muda Korea Selatan yang baru pertama kali merasai perang sebenar. Misi rondaan skuadnya yang pada mulanya biasa bertukar menjadi huru-hara sebaik sahaja Korea Utara melancarkan pencerobohan. Pemain akan mengawal Park bersama unitnya untuk bertahan dan bertarung di bandar-bandar yang runtuh, parit pertahanan, serta menghadapi serangan balas sengit.
Sementara itu di belahan dunia yang lain, naratif permainan turut memfokuskan kepada watak ikonik francais ini, Captain John Price. Kini bergerak di luar undang-undang sebagai individu yang diburu dan ejen bebas, Price berada dalam misi peribadi untuk membalas dendam. Pemburuannya membawa beliau menjejaki sebuah senjata yang mampu mengubah imbangan kuasa global, sekali gus memaksa beliau membentuk pakatan luar jangka dan menjalankan operasi rahsia yang berkait rapat dengan konflik yang berlaku di Korea.
Kempen ini menjanjikan kepelbagaian dari segi gameplay, bermula daripada combat sinematik berskala besar sehinggalah kepada operasi senyap tersembunyi. Misi-misi ini bakal membawa pemain mengembara ke pelbagai lokasi global termasuk Korea, New York, Paris, dan Mumbai.
Digital pre-order telah mula dibuka di kebanyakan platform utama. Pemain yang memilih versi premium Vault Edition akan mendapat akses kepada ganjaran eksklusif, termasuk Operator Skin “Hunter Killer”, Operator Pack “Hostile Alliance”, akses awal untuk sesi multiplayer Open Beta akan datang, serta diskaun sebanyak 10% untuk pemain layak yang sudah memiliki tajuk-tajuk Call of Duty sebelum ini.
Butiran lanjut, termasuk jadual rasmi untuk multiplayer Open Beta, akan dikongsikan di Call of Duty Blog apabila tarikh pelancaran pada bulan Oktober semakin hampir.



![[Khabar Angin] God of War Laufey Mungkin Dilancarkan Awal 2027](https://cdn.gamersantai.com/2026/06/GOD-OF-WAR-LAUFEY_2027_FI-350x250.jpg)





Discussion about this post