Bandai Namco dan pembangun Game Studio telah mengumumkan demo untuk action RPG akan datang, Echoes of Aincrad. Demo ini akan mula dikeluarkan minggu depan, bermula pada 15 Jun 2026 untuk PC, diikuti dengan konsol pada 16 Jun 2026.
Bersama pengumuman demo tersebut, mereka turut berkongsi Story Trailer rasmi kedua untuk game ini. Video tersebut menampilkan lagu tema “Live to Survive” yang dinyanyikan oleh artis J-pop popular, Aimer, serta menunjukkan peralihan naratif daripada fasa ‘beta test virtual reality’ yang penuh harapan kepada perjuangan bahaya demi kelangsungan hidup.
Berbeza dengan game lain yang meletakkan pemain sebagai protagonis utama iaitu Kirito, Echoes of Aincrad membawakan perspektif berbeza. Pemain boleh mencipta dan melakukan custom pada avatar sendiri, sekali gus mengalami “death game” terkenal itu sebagai salah seorang pemain unik yang terperangkap di dalam istana terapung tersebut.
Kisah bermula sewaktu fasa awal beta test sebelum beralih ke kempen survival utama. Jalan cerita dan penerokaan dalam game asas akan memfokuskan kepada dua tingkat pertama istana tersebut, menawarkan kawasan luas untuk diterokai.
Action RPG ini menekankan perkembangan watak tersendiri dan pilihan combat secara real-time:
- Custom Protagonist: Pemain boleh mereka watak sendiri, memilih rupa fizikal dan equipment untuk menentukan identiti mereka dalam dunia game tersebut.
- Build yang Fleksibel: Sistem perkembangan membolehkan pemain membahagikan stats mengikut playstyle pilihan mereka, sama ada mengutamakan kelajuan, kekuatan fizikal, atau ketahanan.
- Partner Synergy: Pemain boleh memilih AI companion untuk menemani mereka bertarung. Sistem ini membolehkan pemain mengubah suai gear dan taktik rakan: seperti menetapkan gaya bertarung yang agresif atau bertahan (defensive stance) bagi menyelaraskan serangan dan mengubah situasi semasa pertarungan yang sukar.
- Eksplorasi: Game ini menampilkan kawasan terbuka, bandar, dan dungeon berbahaya. Apabila pemain menyelesaikan quest dan meneruskan jalan cerita, peta akan berkembang untuk mendedahkan kawasan baharu serta musuh yang lebih kuat.
Echoes of Aincrad: Sword Art Online akan datang pada 9 Julai 2026 bagi PlayStation 5 dan Xbox Series X|S, diikuti dengan versi PC menerusi Steam pada 10 Julai 2026.









Discussion about this post