Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Final Fantasy Resonance – RPG HD-2D Pertama Dalam Francais, Remake Kepada Brave Exvius

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 10, 2026
in Artikel, Berita, Microsoft, Nintendo Switch, Nintendo Switch 2, PC, PS5, RPG, Steam, Turn-Based, Xbox Series X|S
0 0
0
Final Fantasy Resonance – RPG HD-2D Pertama Dalam Francais, Remake Kepada Brave Exvius
Share on FacebookShare on Twitter

Square Enix dan pembangun Lancarse telah mengumumkan Final Fantasy Resonance. Akan dilancarkan pada 22 Oktober 2026, turn-based RPG ini akan ditawarkan di PlayStation 5, Xbox Series X|S, Nintendo Switch, Nintendo Switch 2, serta PC menerusi Steam dan Microsoft Store.

Pengumuman ini menarik perhatian atas dua sebab utama: ia merupakan game Final Fantasy pertama yang menggunakan gaya visual “HD-2D” (iaitu paparan retro-moden yang dipopularkan oleh game seperti Octopath Traveler) dan membawakan semula sistem combat turn-based tradisional berasaskan menu, satu sistem yang sudah hampir 25 tahun tidak digunakan sepenuhnya dalam siri utama sejak Final Fantasy X.

Adaptasi yang Dibina Semula daripada Game Mobile Popular

Final Fantasy Resonance diadaptasi berdasarkan musim pertama Final Fantasy Brave Exvius, sebuah RPG mobile popular yang telah ditamatkan perkhidmatannya pada penghujung tahun 2025 selepas beroperasi selama sepuluh tahun.

Berbanding port biasa, pembangun membina semula game mobile ini sepenuhnya sebagai sebuah pengalaman premium untuk pemain singleplayer di konsol dan PC. Square Enix mengesahkan bahawa Resonance ialah sebuah JRPG solo tradisional tanpa sebarang elemen microtransaction atau mekanik gacha. Jalan cerita juga telah dipermudahkan untuk menyesuaikan diri dengan struktur RPG konsol standard, menawarkan sekitar 30 hingga 40 jam masa bermain, atau sehingga 80 jam bagi mereka yang ingin menyelesaikan segalanya.

Dari segi visual, game ini menggabungkan keunikan retro dengan visual moden. Ia menggunakan teknik “cinematic pixel art” yang menukar grafik 3DCG ke dalam bentuk piksel bagi menghasilkan pergerakan kamera yang dinamik serta sudut yang dramatik. Walaupun eksplorasi biasa dan overworld menggunakan gaya visual HD-2D ini, animasi ‘summon’ utama serta abiliti khas watak akan dipaparkan dalam grafik 3D sepenuhnya.

Jalan Cerita Melibatkan Pencarian Kristal

Kisah berlatarkan Grandshelt, sebuah kerajaan aman yang dilindungi oleh kuasa kristal. Plot bermula apabila Rain, komander muda skuadron airship Grandshelt, bersama rakan masa kecilnya merangkap timbalan komander, Lasswell, dihantar untuk menyiasat benteng magik yang semakin lemah di Earth Shrine.

Tiba di sana, mereka tewas di tangan seorang musuh misteri berbaju perisai besi yang dikenali sebagai Veritas of the Dark, yang kemudian memusnahkan Earth Crystal. Selepas Grandshelt jatuh ke tangan tentera Veritas, Rain and Lasswell melarikan diri bersama Fina, seorang gadis misteri amnesia yang diselamatkan oleh mereka. Bersama, mereka bertiga memulakan pengembaraan untuk melindungi kristal-kristal lain yang berbaki di dunia.

Sistem Combat Turn-Based dan “Visions” Diperbaharui

Sistem combat Final Fantasy Resonance menggunakan paparan timeline yang jelas, membolehkan pemain melihat giliran menyerang untuk rakan sepasukan mahupun musuh bagi merancang strategi dengan lebih berkesan.

Mekanik utama sistem combat ini ialah Stagger Gauge. Menyerang kelemahan elemen musuh akan memenuhi bar ini; apabila penuh, musuh akan berada dalam keadaan staggere, memberikan watak anda aksi tambahan semasa “bonus phase”. Sekiranya pemain berjaya membuatkan semua musuh berada dalam keadaan staggered pada masa yang sama, ia akan mencetuskan “sweeping stagger” yang memberikan giliran tambahan kepada seluruh ahli kumpulan yang aktif.

Bagi mengubah suai kumpulan, pemain boleh mengumpul dan melengkapi Visions: iaitu intipati kristal daripada watak-watak yang ditemui sepanjang perjalanan. Melengkapi watak dengan Vision akan meningkatkan stats serta memberikan akses kepada abiliti yang unik.

Dengan melawat “vision crystal sanctums” yang tersembunyi di merata dunia, pemain juga boleh mendapatkan Visions daripada watak-watak utama siri terdahulu Final Fantasy. Watak-watak ini berfungsi sebagai roh yang boleh dilengkapkan dan antaranya termasuklah:

  • Warrior of Light: Watak defender yang melindungi rakan sepasukan menggunakan serangan elemen cahaya, tanah dan petir.
  • Terra: Pengguna magik heavy-damage yang menggunakan sihir elemen api, air dan ais.
  • Cloud: Penyerang fizikal yang memfokuskan kepada critical damage serta serangan elemen petir dan air.
  • Shantotto: Ahli sihir berkuasa tinggi yang melancarkan sihir elemen dan kegelapan secara berturut-turut.
  • Y’shtola: Pengguna magik serba boleh yang boleh bertukar antara sihir serangan elemen dan sihir penyembuhan.

Apabila hubungan watak dengan sesuatu Vision semakin kuat (affinity meningkat), mereka boleh mempelajari abiliti tersebut secara kekal. Abiliti yang dipelajari ini kemudian boleh dilengkapkan walaupun watak sedang menggunakan Vision yang berbeza. Ini membolehkan pemain mencampur dan memadankan abiliti seperti “Dualcast” atau “Spellblade Dual Wield” untuk mencipta pelbagai kombinasi yang hebat.

Airship, Esper dan Cabaran Endgame

Berbeza dengan peta ringkas berasaskan nod dalam versi mobile, Final Fantasy Resonance membawakan sebuah overworld yang luas. Seiring dengan perkembangan cerita, pemain akan mendapat akses kepada airship, membolehkan mereka meneroka peta dunia secara bebas dan mendarat di kawasan yang sebelum ini tidak boleh dimasuki.

Game ini juga padat dengan pelbagai kandungan sampingan klasik siri Final Fantasy, termasuklah:

  • Espers: Makhluk summon yang kuat seperti Siren dan Ramuh boleh didapatkan melalui side quest. Sebaik sahaja diseru, mereka akan bertarung bersama kumpulan anda selama tiga giliran, sebelum melancarkan signature attack lalu berundur dari medan lawan.
  • Endgame Battles: Pemain boleh memburu Gilgamesh, bertarung dengan raksasa kuat di Colosseum untuk mendapatkan ganjaran, mencabar bos-bos kuat yang terkunci di dalam Chamber of Arms, serta menentang musuh legenda Ultima Weapon.
  • Misi Sampingan Watak: Senario jalan cerita yang akan mendedahkan kisah silam watak-watak utama serta watak sokongan seperti Charlotte, Leah dan Tronn.

Runut bunyi game ini digubah dan disusun oleh Elements Garden yang diketuai oleh Noriyasu Agematsu. Game ini bakal menampilkan 33 runut muzik baharu yang direka khas, selain gubahan lagu-lagu original daripada Final Fantasy Brave Exvius.

Tags: Final Fantasy Resonance
ShareTweetSend
Previous Post

Kingdom Hearts IV – Akan Keluar Secara Multiplatform, Gameplay Baru Didedahkan

Next Post

Dragon Quest Monsters: The Withered World Akan Tiba Disember 2026

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Capcom Umum Devil May Cry 5 Devil Hunter Edition Untuk Nintendo Switch 2
Nintendo Switch 2

Capcom Umum Devil May Cry 5 Devil Hunter Edition Untuk Nintendo Switch 2

June 10, 2026
Metaphor: ReFantazio Menuju Ke Nintendo Switch 2 – RPG Unik Daripada Pasukan Persona
Nintendo Switch 2

Metaphor: ReFantazio Menuju Ke Nintendo Switch 2 – RPG Unik Daripada Pasukan Persona

June 10, 2026
Pokémon Pokopia – Update Percuma Version 2.0 & Tiga DLC Baru
DLC

Pokémon Pokopia – Update Percuma Version 2.0 & Tiga DLC Baru

June 10, 2026
Next Post
Dragon Quest Monsters: The Withered World Akan Tiba Disember 2026

Dragon Quest Monsters: The Withered World Akan Tiba Disember 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd