Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin kembali dalam fasa pembangunan aktif, tetapi dengan perubahan besar di sebalik tabir. Di Summer Game Fest tahun ini, telah diumumkan bahawa pakar game aksi PlatinumGames telah mengambil alih pembangunan projek ini.
Game AAA action-adventure yang diadaptasi daripada siri komik pendek TMNT akan diterbitkan oleh Paramount Games Studio yang baru ditubuhkan, serta bakal tersedia untuk PC dan konsol.
Perubahan ini adalah rombakan besar bagi projek tersebut. Pertama kali diumumkan pada tahun 2023, game ini asalnya dibangunkan oleh Black Forest Games dan diterbitkan oleh THQ Nordic. Walau bagaimanapun, Paramount mengesahkan bahawa versi asal projek tersebut telah pun dibatalkan sebelum ini.
Kerjasama dengan PlatinumGames (studio di sebalik judul-judul aksi lincah dan bergaya seperti Bayonetta, NieR: Automata, dan Metal Gear Rising: Revengeance) adalah selari dengan cita-cita bajet tinggi ini.
Apakah itu The Last Ronin?

Berdasarkan siri novel grafik popular yang ditulis bersama oleh pencipta bersama TMNT, Kevin Eastman dan Tom Waltz, The Last Ronin mengambil perubahan drastik daripada konsep asal IP ini yang biasanya santai dan gemar memakan piza.
Berlatarkan bandar raya New York pada masa depan yang musnah akibat perang dan diperintah oleh Foot Clan, kisahnya bermula selepas tiga daripada empat Ninja Turtles telah terkorban. Satu-satunya saudara yang terselamat, memakai pakaian serba hitam dan membawa senjata milik adik-beradiknya yang telah mati, untuk memulakan misi bahaya demi menuntut bela serta mencari keadilan.

Walaupun cinematic teaser yang ditayangkan di Summer Game Fest tidak memaparkan gameplay, penglibatan PlatinumGames menberi bayangan kepada combat yang pantas dan pasti berintensiti.
Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin masih belum mempunyai tarikh pelancaran rasmi, tetapi dirancang untuk PC, PlayStation 5, dan Xbox Series X/S.








Discussion about this post