Pasukan World of Warcraft Method Black telah memenangi Arena World Championship! Dalam perlawanan terakhir menentang Wildcard Gaming – Chas, Swapxy, Raiku dan Whaazz telah menang 4-3 dalam pusingan best-of-7.
Method Black harus berusaha dan bekerja keras untuk menang. Pemain Wildcard Gaming membuktikan diri mereka sebagai lawan yang hebat dan kedua-dua pasukan bergilir-gilir meraih kemenangan dalam perlumbaan sengit yang akhirnya membawa skor ke 3-3. Walau bagaimanapun, peta terakhir dimenangi pada kadar rekod cemerlang oleh Method Black. Mereka berjaya membawa skor ke 4-3, lantas menjuarai perlawanan akhir.
Dengan kemenangan ini, Method Black membawa pulang $132,000 (RM550,000) dan terbukti menjadi pasukan World of Warcraft terbaik di dunia. Sudah tentu Swapxy dari Jerman membuktikan dirinya dengan kemenangan ini sebagai salah satu pemain terbaik di dunia, kerana ini adalah gelaran AWC yang ketiga dalam kariernya. Tahniah kami ucapkan.
After an intense seven match series #MethodBlack is your #BlizzCon2019 Arena World Championship winners! pic.twitter.com/ea96yoqvaU
— World of Warcraft (@Warcraft) November 3, 2019
@gamersantaimy
Discussion about this post