Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem Anime ‘The Ribbon Hero’ Akan Datang Ogos 2026 – Nafas Baru Buat Karya Klasik Oleh Osamu Tezuka

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 27, 2026
in Anime, Artikel, Berita, Netflix
0 0
0
Filem Anime ‘The Ribbon Hero’ Akan Datang Ogos 2026 – Nafas Baru Buat Karya Klasik Oleh Osamu Tezuka
Share on FacebookShare on Twitter

Netflix mengumumkan bahawa filem anime The Ribbon Hero bakal menemui penonton di seluruh dunia pada 8 Ogos 2026. Filem ini merupakan adaptasi daripada manga klasik karya Osamu Tezuka yang berjudul Princess Knight.

Pengumuman tersebut disertakan dengan teaser serta visual utama watak protagonisnya. Projek ini merupakan hasil kerjasama antara Netflix dan Twin Engine yang bermatlamat untuk memperkenalkan semula salah satu naskah paling berpengaruh dalam sejarah manga kepada penonton moden.

Filem ini membawakan pendekatan yang lebih gelap berbanding karya asalnya. Kisahnya bermula dengan Sapphire, seorang puteri yang kehilangan segala-galanya selepas tanah airnya, Silverland, ranap musnah akibat bencana misteri dikenali sebagai “Nergal.”

Setelah sekian lama berkelana sebagai pelarian, Sapphire akhirnya menemui sinar harapan dan perlindungan di kerajaan jiran, Goldland. Namun, ketenangan yang baru dikecapinya itu tidak kekal lama apabila ancaman Nergal muncul semula untuk menghantui hidupnya.

Enggan membiarkan sejarah hitam berulang, Sapphire bangkit menghapus air mata, mengikat ribon miliknya, dan menghunus pedang demi menentang takdir yang zalim.

Sapphire lost everything once, but she's not losing anything ever again.

Inspired by Osamu Tezuka's "Princess Knight," THE RIBBON HERO premieres globally on August 8th, exclusively on Netflix. pic.twitter.com/X5qYLxSTfg

— Netflix Anime (@NetflixAnime) May 26, 2026

Watak Sapphire akan disuarakan oleh Saya (ahli duo komedi popular Jepun, Lalande). Walaupun beliau lebih dikenali dengan bakat komedinya di atas pentas, ini merupakan kali pertama beliau menggalas tanggungjawab sebagai watak utama dalam sebuah filem animasi penuh.

Di kerusi pengarah pula, The Ribbon Hero menjadi filem cereka pertama arahan Yuuki Igarashi. Nama Igarashi terkenal menerusi hasil kerjanya dalam “Lop & Ocho” untuk Star Wars: Visions, serta sentuhan seninya dalam urutan penutup pertama anime Jujutsu Kaisen.

Beliau akan menerajui produksi di OUTLINE, sebuah studio animasi baharu di bawah naungan Twin Engine.

Untuk rekod, Princess Knight (asalnya bertajuk Ribbon no Kishi) adalah karya Osamu Tezuka, tokoh yang dijulang sebagai “Bapa Manga.” Karya ini pertama kali diterbitkan menerusi majalah Nakayoshi pada tahun 1958.

Ia diiktiraf sebagai “contoh pertama” bagi genre manga shoujo (manga untuk gadis). Malah, jauh sebelum kemunculan ikon moden seperti Sailor Moon, Sapphire telah pun memecah tradisi sebagai watak utama wanita yang berani menggalas identiti sebagai heroin yang gah.

Tags: animeThe Ribbon Hero
ShareTweetSend
Previous Post

Resident Evil Requiem Keluarkan Demo Mengejutkan, Berbulan Selepas Pelancaran Rasmi!

Next Post

Sony Patenkan Sistem AI Yang Papar Iklan Semasa “Loading Screen?”

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’
Berita

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

June 12, 2026
Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru
Berita

Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru

June 12, 2026
Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026
Demo

Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026

June 12, 2026
Next Post
Sony Patenkan Sistem AI Yang Papar Iklan Semasa “Loading Screen?”

Sony Patenkan Sistem AI Yang Papar Iklan Semasa "Loading Screen?"

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd