Meskipun peminat One Piece sudah biasa dengan kejutan daripada Eiichiro Oda, Bab 1183 nampaknya mencuri tumpuan kerana kita akhirnya didedahkan kepada kisah silam “Soul King” Brook yang selama ini misteri.
Walaupun sejarah Brook bersama Rumbar Pirates sudah diketahui umum, bab baharu ini membawa kita jauh lebih lama ke belakang (iaitu 70 tahun ke masa lalu) untuk melihat kehidupan Brook sebelum dia bergelar seorang lanun.
Misteri Identiti Gunko dan Puteri Shuri

Brook dan Usopp berkumpul semula bersama Nami, Franky, dan Jinbe untuk berbincang tentang Gunko, salah satu orang bawahan Imu yang menyerang tanah air Elbaph sebelum dibekukan dalam ais. Namun, tindakan Brook yang seolah-olah mengenali Gunko menimbulkan tanda tanya di kalangan kru Straw Hat.
Brook akhirnya mendedahkan satu rahsia. Walaupun Gunko bertindak kejam sebagai hamba setia Imu, dia sempat membisikkan perkataan “lari” kepada Brook, seolah-olah dia cuba melindunginya. Brook percaya bahawa Gunko sebenarnya adalah Princess Shuri dari tanah airnya.
Namun, masalahnya adalah jika benar itu Shuri, dia sepatutnya sudah berusia 77 tahun, bukannya muda seperti yang dilihat sekarang.

Bagi menjelaskan hubungannya dengan wanita tersebut, Brook membawa kita ke 70 tahun lalu di West Blue, iaitu di Esperia Kingdom.
Dahulu, Brook pernah menyebut tempat ini sebagai kampung halamannya, namun hanya dalam Bab 1183 barulah kerajaan ini digambarkan dengan jelas. Esperia bukan sahaja sebuah negara, ia adalah syurga bagi pencinta muzik dengan deretan bengkel alat muzik di setiap pelosok jalan.

Imej Brook pada 70 tahun lalu pun jauh berbeza dengan bintang rock yang kita kenali hari ini. Pada waktu itu, dia merupakan ketua “Raider Squad,” sebuah unit tempur elit bagi kerajaan tersebut dan dianggap sebagai salah satu orang terkuat di sana.
Tumpuan utama flashback ini adalah hubungan rapat Brook dengan keluarga diraja Esperia. Brook bukan sahaja setia kepada kerajaan, malah dia membesarkan Princess Shuri seperti anaknya sendiri. Selain itu, bab ini memperkenalkan ibu Shuri, iaitu Queen Candelle.
Candelle digambarkan sebagai seorang wanita yang mempunyai pakej lengkap; seorang permaisuri yang sangat cantik dan juga bekas kapten unit tempur.

Pendedahan ini memberi impak besar kepada jalan cerita semasa. Brook yakin bahawa Gunko adalah Princess Shuri yang telah “diubah” oleh Imu. Berbekalkan info ini, adalah dia mampu mengubah hala tuju perang akan datang?
Anda boleh baca One Piece Bab 1183 di platform Manga Plus.

![[Eksklusif] Sejarah di Sebalik Penubuhan Massive Monster Bersama Co-Founder Jay Armstrong](https://cdn.gamersantai.com/2026/07/Jay-Armstrong_IWX-2026_FI-350x250.jpg)







Discussion about this post