Bandai Namco baru sahaja mengesahkan bahawa Yujiro Hanma, watak legenda yang digelar “Makhluk Terkuat di Bumi” daripada siri manga/anime Baki, bakal menyertai barisan roster Tekken 8.
Menerusi pengumuman di atas, Yujiro didedahkan sebagai watak keempat merangkap watak terakhir bagi pas DLC Season 3. Tetapi, para pemain perlu bersabar sedikit kerana dia hanya akan mula beraksi pada awal tahun 2027.
Bagi mereka yang mungkin kurang mengenali siri manga dan anime Baki, Yujiro Hanma bukanlah sekadar pahlawan biasa… dia adalah satu kuasa yang sukar ditandingi. Dikenali dengan gelaran “The Ogre,” Yujiro merupakan watak antagonis utama dalam siri popular ciptaan Keisuke Itagaki.
Dalam dunianya sendiri, kekuatan Yujiro sangat luar biasa sehinggakan kerajaan dunia terpaksa menandatangani perjanjian damai dengannya, seolah-olah dia adalah sebuah kuasa nuklear. Kolaborasi ini dianggap sebagai antara guest character paling epik dalam sejarah francais Tekken.

Oleh itu, mari kita sama-sama nantikan trailer gameplay untuk melihat aksi Yujiro dengan lebih dekat sebelum pelancaran Season 3 nanti. Tekken 8 boleh dimainkan di semua platform utama termasuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam.









Discussion about this post