Buat mereka yang bimbang jika Grand Theft Auto VI (GTA 6) akan ditunda ke tahun 2027, anda boleh menarik nafas lega. Syarikat induk Rockstar Games, Take-Two Interactive, mengesahkan bahawa game ini masih akan dilancarkan pada 19 November 2026.
“Sudah lama saya katakan bahawa tarikh pelancarannya adalah pada 19 November,” kata Strauss Zelnick selaku CEO Take-Two kepada IGN. “Kami mengulanginya sekali lagi hari ini, dan kami sangat berpuas hati dengan perkembangan projek ini setakat sekarang.”
Sudah genap setahun sejak “Trailer 2” tular pada Mei 2025. Sejak itu, Rockstar seolah-olah menyepi, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi bahawa game ini mungkin berdepan kelewatan.
Namun, Take-Two mendedahkan bahawa Rockstar Games akan memulakan promosi besar-besaran pada musim panas ini (sekitar Jun hingg September). Ini berkemungkinan besar melibatkan pelancaran “Trailer 3” serta pembukaan pre-order secara digital.
Buat masa ini, GTA 6 akan dikeluarkan secara eksklusif di PlayStation 5 dan Xbox Series X|S. Bagi komuniti PC, nampaknya anda perlu bersabar sedikit lebih lama sebelum dapat mencuba game tersebut.









Discussion about this post