Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Reviu Tales of Arise – Beyond the Dawn Edition (Switch 2) – Sebuah JRPG Cemerlang Tanpa Downgrade Besar!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 20, 2026
in Artikel, Berita, Game Review, Nintendo Switch 2, Review, RPG
0 0
0
Reviu Tales of Arise – Beyond the Dawn Edition (Switch 2) – Sebuah JRPG Cemerlang Tanpa Downgrade Besar!
Share on FacebookShare on Twitter

Tales of Arise terlepas pelancarannya untuk Nintendo Switch original, tetapi Bandai Namco akhirnya membawa game ini ke konsol Switch 2 sebagai Tales of Arise: Beyond the Dawn Edition.

Memandangkan kami berpeluang mencuba versi ini, ulasan kami akan memfokuskan sepenuhnya pada prestasi game di konsol baharu tersebut. Oleh itu, kami tidak akan mengupas terlalu mendalam tentang jalan cerita, perkembangan watak, atau mekanik gameplay.

Jika ingin membaca ulasan penuh tentang game asas dan expansion ini, anda boleh merujuk ulasan asal kami di SINI.

Berbekalkan perkakasan Switch 2 yang jauh lebih kuat, satu persoalan timbul: adakah ini pengalaman mudah alih Tales of Arise yang kita nantikan?

Kisah Setakat Ini

Buat mereka yang baharu mencuba game ini, berikut ialah ringkasan tentang latar belakang kisah Tales of Arise dan expansion Beyond the Dawn.

Naratif utama merangkumi dua planet, iaitu Dahna dan Rena. Selama lebih 300 tahun, penduduk Rena yang jauh lebih maju dari segi teknologi dan ketenteraan telah menindas penduduk Dahna dengan kejam. Planet Dahna terbahagi kepada beberapa wilayah, di mana setiap satunya ditadbir oleh seorang Renan Lord.

Para Lord ini bersaing sengit untuk mengumpul kuasa bagi sebuah artifak yang dipanggil Master Core demi menuntut gelaran tertinggi sebagai Sovereign.

Anda akan bermain sebagai Alphen, seorang hamba hilang ingatan bertopeng besi yang tidak mampu merasai kesakitan fizikal. Sepanjang perjalanan, dia bertemu dengan Shionne, seorang wanita Rena yang penuh misteri.

Bangsanya sendiri melayan Shionne seperti orang buangan kerana dia disumpah dengan “duri” yang akan merenjat sesiapa sahaja yang menyentuhnya. Mereka berdua kemudian bekerjasama dengan kumpulan penentang bernama Crimson Crows, di samping barisan watak lain seperti Rinwell, Law, Kisara, dan Dohalim.

Bersama, mereka mula menumpaskan para Renan Lord satu demi satu demi membebaskan Dahna.

Plot sebegini memang agak tipikal untuk sesebuah RPG, dan bahagian awalnya terasa sedikit linear. Namun, tarikan utama terletak pada keserasian antara watak-watak ini. Melihat mereka merapatkan hubungan melalui cutscene dan dialog gaya komik ikonik yang dipanggil “Skits”, membuatkan pengembaraan ini terasa lebih peribadi.

Hubungan antara Alphen dan Shionne yang semakin erat benar-benar menjadi sorotan utama penceritaan game ini. Semakin jauh anda bermain, plotnya merungkai satu misteri yang lebih besar tentang hubungan sebenar antara Dahna dan Rena, sekali gus menukar kisah pemberontakan biasa kepada konflik yang jauh lebih besar.

Expansion Beyond the Dawn pula bermula setahun selepas cerita utama tamat. Walaupun Dahna dan Rena telah bersatu, keadaan dunia masih jauh daripada aman. Masyarakat bergelut dengan isu kaum, bencana alam, dan trauma masa lalu.

Ketika kumpulan Alphen cuba membantu membina semula dunia, mereka bertemu dengan Nazamil. Sebagai anak kepada bekas Renan Lord, Nazamil terpaksa berhadapan dengan kebencian serta sisihan masyarakat sekeliling.

Expansion ini mengecilkan skopnya untuk membawakan penceritaan yang lebih intim. Daripada menampilkan satu lagi ancaman berskala dunia, Beyond the Dawn bertindak sebagai epilog yang sarat dengan emosi.

Ini memberi lebih banyak ruang untuk wataknya menyerlah, terutamanya fokus terhadap usaha mereka mencipta ruang yang selamat supaya Nazamil akhirnya berasa diterima.

Prestasi Gameplay di Switch 2

Ujian Kami

Oleh sebab Switch 2 ialah sebuah konsol hibrid, kami telah menguji game ini dalam kedua-dua mod docked dan handheld untuk perbandingan pengalaman bermain. Khususnya, kami menggunakan monitor 1440p untuk mod docked.

Pada awal lagi, kami terus sedar akan satu kekurangan: tiada pilihan mod grafik. Tidak seperti versi PlayStation dan PC, anda tidak boleh memilih untuk mengutamakan frame rate yang lebih lancar atau visual yang lebih tajam. Selain menukar tahap kecerahan skrin, pemain terikat dengan tetapan visual lalai.

Kami meluangkan masa berjam-jam bermain kempen utama dan expansion ini bagi menguji pelbagai senario (dari eksplorasi di alam dan kawasan bandar yang sesak hingga ke combat) untuk melihat sejauh mana kemampuan perkakasan ini menjalankannya.

Visual Mengagumkan Yang Masih Kelihatan Hebat

Jujurnya, port ini memberikan pengalaman yang cukup memuaskan. Kami langsung tidak menyangka game berskala besar seperti Tales of Arise mampu berjalan selancar ini pada peranti mudah alih. Masa loading (tidak kira sama ada ketika bertukar zon atau memasuki combat) sangat pantas, sekaligus mengekalkan immersion dalam gameplay.

Tambahan pula, visualnya masih mengekalkan kecantikan versi original, diserlahkan lagi dengan gaya seni berkonsepkan anime.

Tekstur pada watak dan persekitaran pun cantik dan tajam, manakala kesan visual kuasa magik semasa combat nampak sama hebat seperti biasa. Ia langsung tidak terasa seperti sebuah ‘downgrade’ yang terpaksa dikorbankan kualitinya semata-mata untuk dimainkan secara mudah alih.

Lebih menarik, cutscene in-engine mampu berjalan dengan sangat lancar pada 60 FPS dengan resolusi 1080p dalam mod handheld, tanpa sebarang penurunan kualiti visual yang drastik.

Namun ada syaratnya; kelancaran 60FPS itu hanya terpakai untuk cutscene sahaja.

Sebaik sahaja gameplay sebenar bermula (sama ada ketika meneroka peta atau berlawan dengan raksasa) frame rate dihadkan kepada 30FPS untuk kedua-dua mod docked dan handheld. Berita baiknya, ‘frame pacing’ sangat stabil.

Walaupun skrin dipenuhi dengan kesan visual melampau semasa combat, kami jarang mengalami sebarang frame drop. Jadi, adakah had 30FPS ini merosakkan pengalaman bermain? Tidak sama sekali. Combat tetap pantas, responsif, dan menyeronokkan.

Memandangkan cutscene berjaya membuktikan konsol ini mampu mencapai 60FPS, ia jadi agak mengecewakan apabila pihak pembangun tidak menambah mod Performance untuk gameplay utama.

Sekiranya had frame rate dilepaskan untuk mencapai sekitar 45FPS sekalipun, ia sudah memadai untuk menawarkan pengalaman yang jauh lebih lancar bagi sebuah RPG aksi seperti ini.

Ada juga beberapa masalah visual kecil. Anda mungkin akan perasan isu bayang-bayang yang muncul secara tiba-tiba semasa berjalan di kawasan sesak seperti bandar. Kami rasakan isu ini berlaku dengan lebih kerap ketika bermain expansion Beyond the Dawn.

Walaupun tidak berlaku secara berterusan, ia masih ketara. Dari sudut positif, pemandangan latar belakang dari jauh masih nampak menawan.

Satu lagi perkara yang agak pelik ialah kualiti visual untuk “Skits” kelihatan sedikit kasar berbanding bahagian yang lain.

Panel dialog seolah-olah dipaparkan pada resolusi yang lebih rendah, membuatkan penjuru watak kelihatan bergerigi (terutamanya pada bahagian rambut) dan ini sangat jelas jika dibandingkan dengan visual gameplay 3D asal yang cukup kemas.

Sungguhpun wujud isu-isu kecil ini, port ini berjaya melakukan tugas yang cemerlang dalam mengekalkan gaya dan suasana asal Tales of Arise. Perkakasan Switch 2 serta teknologi upscaling membuatkan game ini nampak jauh lebih tajam daripada apa yang biasa kita jangkakan daripada konsol mudah alih Nintendo.

Tetapan dan Ciri-ciri

Dari segi tetapan ciri pula, game ini menawarkan pilihan standard seperti button remapping, pelaras sensitiviti kamera untuk eksplorasi dan combat, serta kebebasan untuk menukar tahap kesukaran pada bila-bila masa.

Namun, satu aspek yang agak mengecewakan ialah sokongan getaran. Ciri rumble pada alat kawalan terasa kurang dimanfaatkan; anda hanya akan merasai getaran kuat pada bahagian tertentu dalam cutscene, manakala serangan yang kuat jarang memberikan tindak balas fizikal yang memuaskan.

Ini bukanlah masalah yang besar, tetapi bagi pemain yang menggemari haptic feedback, ini adalah satu peluang yang terlepas untuk membuatkan combat terasa lebih padu dan imersif.

Kesimpulan

Kesimpulannya, Tales of Arise: Beyond the Dawn Edition sememangnya sebuah port yang sangat hebat untuk Switch 2.

Grafiknya cantik, masa loading cukup pantas, dan combat kekal menyeronokkan. Apa yang paling penting, ia langsung tidak terasa seperti sebuah game yang sengaja dikorbankan kualitinya semata-mata untuk disesuaikan dengan peranti mudah alih.

Walaupun begitu, agak mengecewakan apabila Bandai Namco tidak menambah pilihan mod Performance untuk frame rate yang lebih tinggi semasa gameplay… terutamanya apabila cutscens 60FPS membuktikan perkakasan ini sebenarnya mampu mengendalikannya.

Anda juga mungkin perlu membiasakan diri dengan isu shadow pop-in yang kecil serta panel dialog yang sedikit kabur.

Walau bagaimanapun di sebalik beberapa kekurangan kecil tersebut, edisi ini masih menyajikan cara yang sangat menyeronokkan untuk menikmati salah satu JRPG terbaik daripada Bandai Namco, di mana-mana sahaja anda berada.

Tales of Arise: Beyond the Dawn Edition bakal dilancarkan untuk Nintendo Switch 2 pada 21 Mei 2026.

The Review

Tales of Arise: Beyond the Dawn Edition

9 Score

Tales of Arise: Beyond the Dawn Edition di Switch 2 ialah port yang alih cemerlang dengan visual memukau, loading pantas, dan combat responsif. Walaupun terhad pada 30FPS, tiada pilihan mod grafik, dan wujud sedikit shadow pop-in, ia kekal sebagai pengalaman JRPG padu yang tidak terasa seperti downgrade.

PROS

  • Mengekalkan rupa paras visual berinspirasikan anime yang sangat cantik
  • Masa loading yang pantas untuk kedua-dua mod docked dan handheld tanpa menjejaskan immersion
  • Prestasi combat yang cukup stabil dan sangat responsif
  • Langsung tidak terasa seperti sebuah port mudah alih yang di-downgrade

CONS

  • Gameplay utama dihadkan pada 30FPS
  • Tiada pilihan untuk menukar antara mod grafik Performance atau Quality
  • Isu shadow pop-in agak ketara di sesetengah kawasan yang padat

Review Breakdown

  • Rating 0
Tags: Nintendo Switch 2reviuTales of Arise: Beyond the Dawn
ShareTweetSend
Previous Post

Honor of Kings Malaysia Tukar Pengalaman Gaming Jadi Ganjaran Nyata Melalui Program ‘Benefits!’

Next Post

Warhorse Studios Umum RPG Middle-earth Baru & Projek Kingdom Come Seterusnya!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Jangan Silap Langkah Dalam The Blood of Dawnwalker, Kita Boleh  “Termakan” Rakan Sendiri
Temuramah

Jangan Silap Langkah Dalam The Blood of Dawnwalker, Kita Boleh “Termakan” Rakan Sendiri

July 8, 2026
Previu The Blood of Dawnwalker – Apabila Setiap Jam & Gigitan Ada Harganya
Preview

Previu The Blood of Dawnwalker – Apabila Setiap Jam & Gigitan Ada Harganya

July 8, 2026
Reviu Granblue Fantasy Relink: Endless Ragnarok – Segala Kelemahan Game Asas Dibaiki Untuk Expansion
Review

Reviu Granblue Fantasy Relink: Endless Ragnarok – Segala Kelemahan Game Asas Dibaiki Untuk Expansion

Next Post
Warhorse Studios Umum RPG Middle-earth Baru & Projek Kingdom Come Seterusnya!

Warhorse Studios Umum RPG Middle-earth Baru & Projek Kingdom Come Seterusnya!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd