Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[BlizzCon 2019] Descent of Dragons menjadi expansion terbaru Hearthstone dan menampilkan mode AUTO CHESS sendiri! [UPDATED]

Pemain boleh mencuba mode Auto Chess ini pada 5 November.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 2, 2019
in Acara, Artikel, Berita, Bimbingan, Mobile, PC
0 0
0
[BlizzCon 2019] Descent of Dragons menjadi expansion terbaru Hearthstone dan menampilkan mode AUTO CHESS sendiri! [UPDATED]
Share on FacebookShare on Twitter

Expansion ketiga dan terakhir Year of the Dragon milik Hearthstone ialah Descent of Dragons, dan seperti namanya, ia penuh tentang naga. Expansion ini baru saja diumumkan oleh pengarah kreatif Hearthstone, Ben Thompson di BlizzCon, yang menjanjikan “lebih banyak naga dari sebelum ini.”

Expansion ini akan dilancarkan pada 10 Disember dan menamatkan jalan cerita yang berlangsung tahun ini. Thompson berkata Descent of Dragons terdiri daripada beberapa mekanik baru dan kata kunci baru: Invoke. Kad yang digunakannya adalah Galakrond, kad hero baru yang boleh ditingkatkan melalui tiga bentuk berbeza.

Seperti yang anda dapat lihat di bawah, kesan cost reduction-nya cukup gila, dan semua pemain akan menerima salinan percuma Galakrond setelah login semasa hari pelancaran.

Galakrond hanya boleh didapati untuk kelas E.V.I.L. – Priest, Rogue, Shaman, Warlock, dan Warrior -tetapi hero baik akan mempunyai beberapa helah kuat lain. Khususnya: setiap kelas akan diberi kad legendary dragon sendiri. Druid mendapat versi baru Ysera, yang kelihatan seperti kad CC untuk late game.

Descent of Dragons mengandungi 10 kad Legendary Dragon baru, termasuk satu untuk setiap kelas Hearthstone. Perkara lain yang menyokong tema naga expansion ini adalah kad Dragon Breath baru yang tersedia untuk setiap kelas dan menyediakan bonus tambahan jika anda memegang Dragon.

Druid, Hunter, Mage, dan Paladin boleh mendapat ganjaran berharga dengan melengkapkan Sidequests baru. Walaupun ia tidak ada pada awal permainan, anda boleh mempunyai dua hero di dalam dek dan mereka juga boleh dimainkan bersama dalam Quests dan Sidequests berbeza!

Sebelum dilancarkan, pemain boleh membuat pembelian kad pek Descent of Dragons berbeza: bundle 60-pack, yang merangkumi Kad Legenda emas dan kad pek The Shattering; atau bundle Mega pek 100 besar, yang termasuk bonus dan hero Deathwing baru. Bundle ini disediakan untuk $49.99 dan $79.99. Kedua-dua bundle ini termasuk akses awal untuk Hearthstone: Battlegrounds. Kamu boleh membuat pembelian di laman rasmi mereka di sini.

Yang mengejutkan, Hearthstone juga akan melancarkan mode baru, yang dikatakan oleh Thompson telah diilhami oleh Auto Chess dan diberi nama Hearthstone Battlegrounds.

Hearthstone: Battlegrounds adalah 8-player auto-battler yang memaparkan 24 Heroes unik, di mana pemain akan merekrut minion, menyusun mereka dengan strategik, dan menonton mereka bertarung untuk kemenangan. Mode permainan percuma ini direka menggunakan Hearthstone sebagai asas, tetapi
ia tidak memerlukan menyusun atau mengumpul koleksi kad.

Battlegrounds juga akan tersedia dengan segera. Mode ini masuk ke akses awal pada 5 November, dengan syarat anda pre-purchase Descent of Dragons, mempunyai Tiket Virtual BlizzCon, atau berada di konvensyen. Selepas seminggu, beta terbuka untuk Battlegrounds akan dilancarkan pada 12 November.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Blizzcon 2019Descent of DragonsGalakrondhearthstoneHearthstone BattlegroundsInvokeYear of the Dragon
Previous Post

[BlizzCon 2019] Expansion terbaru Shadowlands diumumkan untuk World of Warcraft!

Next Post

[Blizzcon 2019] Overwatch 2 bakal hadir dengan Peta, Hero dan pelbagai yang baru!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
[Blizzcon 2019] Overwatch 2 bakal hadir dengan Peta, Hero dan pelbagai yang baru!

[Blizzcon 2019] Overwatch 2 bakal hadir dengan Peta, Hero dan pelbagai yang baru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd