Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ash Echoes Bakal Ditutup Jun 2026 – Apa yang Pemain Perlu Tahu!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 7, 2026
in Android, Artikel, Berita, Gacha, iOS, Mobile, RPG
0 0
0
Ash Echoes Bakal Ditutup Jun 2026 – Apa yang Pemain Perlu Tahu!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas hampir dua tahun, perjalanan Ash Echoes Global kini bakal berakhir. Penerbit Neocraft telah mengumumkan secara rasmi bahawa perkhidmatannya akan dihentikan sepenuhnya pada 18 Jun 2026.

Ash Echoes Global Service Termination Notice

Dear Director,

Thank you for your long-standing support and affection for Ash Echoes Global. Since its launch, we have journeyed together through the Senlo, faced countless challenges, and created many cherished memories. Here, we… pic.twitter.com/Ji7q0VLCoD

— Ash Echoes (@AshEchoes) May 6, 2026

Proses penutupan ini bermula hari ini. Berikut adalah tarikh-tarikh penting yang perlu anda ambil perhatian:

  • 7 Mei 2026 (Hari Ini): Penyelenggaraan terakhir telah selesai dijalankan. Walaupun Chapter 9 Main Story tersedia untuk pemain menamatkan jalan cerita, semua fungsi pembelian dalam game telah ditutup. Anda juga tidak lagi boleh memuat turun game ini jika belum mempunyainya.
  • 17 Jun 2026: Server akan ditutup secara rasmi dan anda tidak lagi boleh log masuk ke dalam game.
  • 18 Jun 2026: Penutupan rasmi. Khidmat pelanggan dan laman media sosial rasmi juga akan mula ditutup tidak lama kemudian.

Ganjaran Perpisahan

Version 2.6 Of Silence | Content Overview
Version 2.6 will be available on May 7. Here is the overview regarding the new characters and new features.

▶More Info: https://t.co/CtckkPQMXr

*Vein has detected the keyword "New God" and is compiling information for you—

▶Download… pic.twitter.com/8Y4LQCwz7Y

— Ash Echoes (@AshEchoes) May 4, 2026

Sebagai tanda penghargaan kepada komuniti atas sokongan mereka, Neocraft memberikan ganjaran harian bagi membolehkan semua orang menikmati minggu-minggu terakhir game ini. Bermula sekarang sehingga penutupan pada bulan Jun, setiap pemain yang log masuk akan menerima:

  • 10 Resonance Clue
  • 10 Momentary Backflashe

Ganjaran ini akan diagihkan setiap hari.

Perpindahan Nilai Akaun

Walaupun pemulangan wang secara tunai tidak ditawarkan, Neocraft memperkenalkan program “Value Return”. Jika pernah berbelanja dalam Ash Echoes, anda boleh memindahkan nilai pelaburan tersebut ke dalam dua game mereka yang lain: Tree of Savior: NEO atau Tales of Wind: Radiant Rebirth.

Kadar pertukaran ditetapkan pada 60 Rainbow Gems atau 40 Spiral bagi setiap $1 USD yang telah dibelanjakan dalam Ash Echoes.

Tags: Ash Echoes
ShareTweetSend
Previous Post

Anime Fest+ Kembali September 2026 Untuk Pusingan Ke-2!

Next Post

Pelabur Desak Nintendo Naikkan Harga Switch 2, Akibat Saham Merosot!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Pelabur Desak Nintendo Naikkan Harga Switch 2, Akibat Saham Merosot!

Pelabur Desak Nintendo Naikkan Harga Switch 2, Akibat Saham Merosot!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd