Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Selepas 14 Tahun, Manga ‘Seraph of the End’ Umum Bakal Berakhir!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 6, 2026
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Selepas 14 Tahun, Manga ‘Seraph of the End’ Umum Bakal Berakhir!
Share on FacebookShare on Twitter

Perjalanan panjang siri manga popular Seraph of the End: Vampire Reign (atau Owari no Seraph) akhirnya bakal sampai ke penghujungnya selepas 14 tahun diterbitkan. Berita ini disahkan sendiri oleh pasukan kreatif di sebalik karya tersebut yang mengumumkan bahawa siri ini sudah pun memasuki fasa terakhirnya.

Seraph of the End by Daisuke Furuya, Takaya Kagami, and Yamato Yamamoto will be ending with Volume 37, according to the latest author's afterword.

Series would have approximately 4 to 5 chapters left, as it released its latest Volume 36 (Chapters 151 to 155) on May 1st, 2026. pic.twitter.com/mUcAqD2Xkc

— Shonen Jump News (@WSJ_manga) May 3, 2026

Berita ini didedahkan menerusi nota “afterword” dalam Jilid 36 yang baru sahaja dipasarkan di Jepun. Pasukan kreatif yang terdiri daripada penulis Takaya Kagami, pelukis Yamato Yamamoto, dan artis papan cerita (storyboard) Daisuke Furuya, memaklumkan bahawa kisah ini akan tamat sepenuhnya dalam Jilid 37 nanti.

Jumlah baki bab masih belum diumumkan secara rasmi. Tetapi berdasarkan jumlah bab yang biasanya dimuatkan dalam satu jilid manga ini, pembaca boleh menjangkakan kira-kira empat ke lima bab sahaja lagi sebelum tamat.

Ini bermakna, pengakhiran siri ini berkemungkinan besar akan berlaku pada penghujung tahun 2026 atau seawal tahun 2027.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2012, Seraph of the End telah mengukuhkan kedudukannya sebagai antara karya paling ikonik dalam genre dark fantasy. Premis ceritanya bermula dengan kemunculan virus misteri yang melenyapkan semua manusia berusia atas 13 tahun.

Keadaan itu memberi peluang kepada kaum vampire untuk keluar dari bayang-bayang dan memperhambakan kanak-kanak yang terselamat, malah menganggap mereka tak ubah seperti “ternakan” untuk bekalan darah.

Fokus cerita ini adalah kepada Yuuichirou Amane, seorang remaja yang berjaya melarikan diri dari kota vampire walaupun terpaksa melihat rakan-rakan sepertinya terkorban.

Bertahun-tahun kemudian, Yuuichirou menyertai Moon Demon Company (sebuah unit tentera elit yang dibentuk khas untuk memburu vampire) demi melunaskan dendam kesumatnya.

Namun, takdir menjadi semakin rumit apabila dia mendapat tahu bahawa rakan baiknya, Mikaela, rupa-rupanya masih hidup tetapi telah ditukarkan menjadi vampire, iaitu makhluk yang selama ini sangat dibencinya.

Siri ini menjadi fenomena pada tahun 2015 menerusi adaptasi anime oleh Wit Studio. Walaupun versi anime sudah berakhir hampir sedekad yang lalu, versi manganya masih mendapat sambutan hangat sehingga kini. Malah, peminat dari seluruh dunia terus mengikuti perkembangan terbaharu secara digital melalui platform MANGA Plus.

Bagi peminat yang mungkin sudah lama tertinggal atau baru sahaja ingin mengenali, sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk mula membaca semula sebelum bab terakhir menutup tirai manga ini buat selama-lamanya.

Tags: mangaSeraph of the End
ShareTweetSend
Previous Post

GPU 16GB Bakal Pintas 8GB Sebagai Standard Baharu, Menurut Data Steam

Next Post

Black Clover – Senarai Pasangan Romantik Pada Finale! Ada Yang Mempunyai 7 Orang Anak!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Blind Box Monster Hunter Palico Akan Mula Jual Di POP MART Malaysia Bermula Minggu Ini
Figura/barang koleksi

Blind Box Monster Hunter Palico Akan Mula Jual Di POP MART Malaysia Bermula Minggu Ini

June 22, 2026
Chainsaw Man Umum Game Mobile Pertama, Animasi Oleh MAPPA
Mobile

Chainsaw Man Umum Game Mobile Pertama, Animasi Oleh MAPPA

June 22, 2026
Honkai: Nexus Anima – Ujian Beta Baru Akan Bermula 9 Julai, Boleh Daftar Untuk Uji
Beta

Honkai: Nexus Anima – Ujian Beta Baru Akan Bermula 9 Julai, Boleh Daftar Untuk Uji

June 22, 2026
Next Post
Black Clover – Senarai Pasangan Romantik Pada Finale! Ada Yang Mempunyai 7 Orang Anak!

Black Clover - Senarai Pasangan Romantik Pada Finale! Ada Yang Mempunyai 7 Orang Anak!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd