Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Girls’ Frontline: Blue Butterfly Contract – Game Co-op Shooter Baru Pada 2026!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 4, 2026
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Shooter
0 0
0
Girls’ Frontline: Blue Butterfly Contract – Game Co-op Shooter Baru Pada 2026!
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena sambutan ulang tahun ke-10 francais, Sunborn Network Technology telah mengumumkan projek game baharu: Girls’ Frontline: Blue Butterfly Contract.

Dibangunkan oleh studio dalaman mereka, Hecate Team, game bergenre sains fiksyen “cooperative third-person shooter” ini dilancarkan untuk iOS dan Android pada tahun ini.

Pengumuman ini dibuat semasa acara “Girls’ Frontline 10th Anniversary Music Carnival” di Shanghai.

Berlatarkan kawasan bersalji, video tersebut memaparkan watak “T-Dolls” kegemaran ramai seperti Tololo, Mosin-Nagant, Zhaohui, dan Qiuhua (kesemuanya adalah watak yang pernah muncul dalam Girls’ Frontline 2: Exilium) sedang bertarung melawan gelombang musuh.

Berbeza dengan elemen tactical turn-based strategy yang menjadi identiti francais, Blue Butterfly Contract membawa perubahan ke arah aksi real-time. Game ini direka sebagai pengalaman player-versus-environment (PvE), di mana sehingga empat orang pemain boleh bekerjasama dalam satu pasukan untuk menyelesaikan misi.

Menurut pembangun, projek ini merupakan evolusi daripada prototaip terdahulu yang dikenali sebagai Girls’ Frontline: Fire Control. Berdasarkan maklum balas daripada komuniti, pasukan pembangun memilih untuk mengetepikan elemen player-versus-player (PvP) dan memberikan fokus sepenuhnya kepada gameplay cooperative.

Gameplay merangkumi eksplorasi open-level (seakan-akan The Division) serta kerjasama pasukan mengikut peranan, di mana kedudukan dan serangan terancang menjadi kunci untuk terus hidup.

Setakat hari ini, game ini masih lagi berada di peringkat awal pembangunan. Buat masa sekarang, pemain boleh mengikuti perkembangan lanjut serta fasa ujian akan datang melalui laman rasmi TapTap.

Tags: Girls’ Frontline: Blue Butterfly Contract
ShareTweetSend
Previous Post

Digimon UP – Jom Pradaftar Sekarang, Boleh Dapatkan Gekkomon Percuma!

Next Post

Reverse Collapse: F – Sebuah Shooter Co-op Sci-Fi Baru Oleh Pasukan Girls’ Frontline!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Reverse Collapse: F – Sebuah Shooter Co-op Sci-Fi Baru Oleh Pasukan Girls’ Frontline!

Reverse Collapse: F - Sebuah Shooter Co-op Sci-Fi Baru Oleh Pasukan Girls’ Frontline!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd