Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Teaser Pertama Sekuel ‘Alien: Isolation’ Didedahkan – Xenomorph Kembali Menghantui?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 27, 2026
in Artikel, Berita, Seram
0 0
0
Teaser Pertama Sekuel ‘Alien: Isolation’ Didedahkan – Xenomorph Kembali Menghantui?
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah sekian lama menyepi tanpa sebarang berita, media sosial rasmi Alien: Isolation mengejutkan peminat dengan sebuah video teaser yang memberikan gambaran pertama buat sekuel yang sangat dinantikan kepada game ‘cult classic‘ tersebut.

Pendedahan ini muncul kira-kira 18 bulan selepas pembangunnya, Creative Assembly, mengesahkan secara rasmi bahawa projek sekuel ini sedang dibangunkan sewaktu sambutan ulang tahun ke-10 game asal pada Oktober 2024.

Alien: Isolation diakui secara meluas sebagai salah satu game seram terbaik yang pernah dihasilkan dalam sejarah gaming.

Ia berjaya menghidupkan semula suasana seram daripada filem asal Alien (1979) arahan Ridley Scott, dengan memaksa pemain bergantung sepenuhnya pada alat motion tracker serta kebijaksanaan sendiri untuk bersembunyi daripada ancaman Xenomorph yang sangat pintar.

Walaupun sudah lebih sedekad berlalu, game ini masih kerap menduduki carta dalam senarai “game paling seram sepanjang zaman.”

Tidak hairanlah sekuel ini memikul harapan yang sangat besar daripada peminat, terutamanya dalam usaha untuk mengembangkan lagi francais ini sambil mengekalkan elemen suspen yang menjadikan judul pertama sebuah karya agung.

pic.twitter.com/1FIsqfnWON

— Alien: Isolation (@AlienIsolation) April 26, 2026

Selain itu, teaser di atas memaparkan logo Creative Assembly bersama lencana “Rating Pending” daripada badan klasifikasi ESRB.

Memandangkan rating ini biasanya hanya diberikan apabila kandungan sesebuah game sudah hampir siap, ini merupakan isyarat bahawa studio sedang bersedia untuk pendedahan yang lebih besar atau pengumuman tarikh pelancaran tidak lama lagi.

Bagi mereka yang ingin merasai game pertama sebelum sekuel ini tiba, Alien: Isolation masih boleh dimainkan di PC, PlayStation, Xbox, Nintendo Switch, serta peranti mobile (iOS dan Android).

Tags: Alien: Isolation
ShareTweetSend
Previous Post

Siap-siap Poket! Harga PS5 & PS Portal Akan Naik Di Malaysia Bermula Mei 2026!

Next Post

Zenless Zone Zero Bakal Datang Ke Steam! Wishlist Sekarang Untuk Ganjaran Percuma!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Nak Cakera Fizikal Punya Pasal, CyberLeek Ugut Lepaskan Game Penuh GTA VI
Berita

Nak Cakera Fizikal Punya Pasal, CyberLeek Ugut Lepaskan Game Penuh GTA VI

October 13, 2026
Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

Next Post
Zenless Zone Zero Bakal Datang Ke Steam! Wishlist Sekarang Untuk Ganjaran Percuma!

Zenless Zone Zero Bakal Datang Ke Steam! Wishlist Sekarang Untuk Ganjaran Percuma!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd