Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem Live-Action ‘Call of Duty’ Akan Tayang Tahun 2028!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 17, 2026
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Filem Live-Action ‘Call of Duty’ Akan Tayang Tahun 2028!
Share on FacebookShare on Twitter

Tarikh tayangan filem live-action Call of Duty telah didedahkan selepas Activision dan Paramount memuktamadkan tarikh 30 Jun 2028 sebagai hari pelancaran besarnya.

Lock it in. The @CallofDutyMovie drops into theaters on June 30, 2028. pic.twitter.com/LitTadMjOK

— Call of Duty (@CallofDuty) April 16, 2026

Posisi pengarah bagi projek mega ini akan diisi oleh Peter Berg, figura yang tidak asing lagi melalui karya berimpak tinggi seperti Friday Night Lights dan Lone Survivor. Apa yang menjadikan projek ini lebih menarik adalah penglibatan Taylor Sheridan sebagai penulis bersama.

Sheridan, yang cukup sinonim dengan fenomena siri Yellowstone dan filem Sicario, diberi tanggungjawab berat untuk menghasilkan plot yang mampu menandingi naratif “kempen” bagi francais game tersebut.

Gandingan antara Berg dan Sheridan memberi isyarat bahawa Paramount mahu menghasilkan filem yang lebih berkualiti, sekadar babak letupan kosong.

Menurut kenyataan Activision, filem ini diolah khas untuk memberikan kepuasan maksimum kepada jutaan peminat setia dengan mengekalkan elemen ikonik siri itu, termasuk aksi gaya first-person yang mendebarkan dan konflik bertaraf global.

Namun pada masa yang sama, jalan ceritanya disusun agar mudah difahami oleh penonton awam yang tidak pernah menyentuh game tersebut.

Setakat ini, barisan pelakon yang akan menggalas watak-watak penting masih lagi rahsia. Bagaimanapun, nama besar pengarah dan penulis pasti akan menjadi daya tarikan utama buat bintang-bintang ternama Hollywood untuk turut serta dalam produksi ini.

Bagi hala tuju cerita, peminat masih berteka-teki sama ada filem ini akan mengadaptasi naratif sedia ada daripada permainan video atau memperkenalkan plot baharu.

Ada juga spekulasi kuat bahawa filem ini bakal menjadi titik permulaan kepada sebuah cinematic universe yang saling berkait, sekali gus memperluaskan lagi empayar Call of Duty di layar perak.

Tags: Call Of Dutyfilem
ShareTweetSend
Previous Post

Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok – Open Beta Untuk PS5, PC & Switch 2 Diumumkan!

Next Post

Echoes of Aincrad – Gameplay Baru Dedahkan Sistem Combat & Aspek Customization!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Echoes of Aincrad – Gameplay Baru Dedahkan Sistem Combat & Aspek Customization!

Echoes of Aincrad - Gameplay Baru Dedahkan Sistem Combat & Aspek Customization!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd