Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jinak, Kumpul & Bertarung! MONGIL: STAR DIVE Boleh Dimuat Turun Sekarang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 15, 2026
in Action, Android, Artikel, Berita, Epic Store, Gacha, iOS, Mobile, PC, RPG
0 0
0
Jinak, Kumpul & Bertarung! MONGIL: STAR DIVE Boleh Dimuat Turun Sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Netmarble dan pembangun Netmarble Monster secara rasmi melancarkan MONGIL: STAR DIVE, sekuel yang amat dinantikan kepada game klasik ‘Monster Taming‘.

Game ini kini boleh dimuat turun di PC (melalui pelancar rasmi dan Epic Games Store), serta di iOS dan Android. Pemain konsol juga boleh bersedia untuk game ini tidak lama lagi, memandangkan versi PlayStation 5 dan Xbox Series X|S telah disahkan akan menyusul pada tarikh akan datang.

Fokus utama game ini adalah pada perjalanan Cloud, Verna, dan teman misteri mereka yang menyerupai kucing, Nyanners. Pemain digalakkan untuk meneroka rahsia dunia ini, merungkai takdir mereka, dan menikmati jalan cerita mengikut rentak sendiri.

Dibina sepenuhnya menggunakan Unreal Engine 5, tajuk ini beralih daripada mekanik peranti mobile yang ringkas kepada pengalaman sinematik berkualiti tinggi. Ia menggabungkan penceritaan gaya anime dengan dunia yang didiami oleh pelbagai watak seperti manusia, elf, beastkin, dan yang paling penting… raksasa.

Teras combat berkisar pada sistem “Triple Tag Team”. Daripada mengawal satu watak, pemain akan membawa tiga watak ke dalam pertarungan. Anda boleh menukar watak secara real-time untuk bertindak balas terhadap ancaman yang berubah-ubah.

Ini membolehkan penggunaan “Tag Skill”, di mana watak-watak melancarkan serangan kombinasi yang kuat semasa bertukar di medan lawan.

Mengekalkan legasi pendahulunya, sistem “Monsterling Collection” merupakan sorotan utama game ini. Sepanjang pengembaraan, pemain akan menemui pelbagai jenis makhluk yang comel.

  • Anda boleh menangkap raksasa di alam liar untuk melengkapkan Monster Codex.
  • “Monsterling” yang ditangkap boleh disintesis dan dipadankan pada watak anda, memberikan buff dan abiliti unik yang mampu mengubah pertarungan.
  • Dengan beratus-ratus kombinasi yang ada, pemain boleh suai padan Monsterling mengikut gaya permainan masing-masing.

Untuk maklumat lanjut tentang MONGIL: STAR DIVE, sila layari laman web rasmi.

Tags: MONGIL: STAR DIVE
ShareTweetSend
Previous Post

Nekopara Sekai Connect Rasmi Dilancarkan – Gadis Kucing, & 220 Gacha Percuma Menanti!

Next Post

Koleksi Khas ‘The Super Mario Galaxy Movie UT’ Boleh Didapati Sekarang Di Malaysia!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Koleksi Khas ‘The Super Mario Galaxy Movie UT’ Boleh Didapati Sekarang Di Malaysia!

Koleksi Khas ‘The Super Mario Galaxy Movie UT’ Boleh Didapati Sekarang Di Malaysia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd