Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Indonesia Game Rating System Alami Kebocoran Besar – Ribuan Info Terdedah Termasuk Penamat Game 007!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 14, 2026
in Artikel, Berita, Industri
0 0
0
Indonesia Game Rating System Alami Kebocoran Besar – Ribuan Info Terdedah Termasuk Penamat Game 007!
Share on FacebookShare on Twitter

Industri gaming global kini berdepan dengan pencerobohan keselamatan besar-besaran melibatkan Indonesia Game Rating System (IGRS).

Kebocoran data ini mendedahkan pelbagai maklumat sensitif, termasuk maklumat peribadi ribuan pembangun game serta spoiler besar bagi game-game terkenal yang belum dilancarkan termasuklah penamat penuh bagi 007: First Light.

Comment
by u/Me_Finity from discussion
in IndoGamer

Isu ini mula tular apabila seorang pengguna Reddit cuba membina “frontend” alternatif untuk laman web rasmi IGRS. Beliau mendakwa laman web itu terlalu perlahan dan sukar dilayari, jadi beliau ingin menyediakan UI yang lebih mesra pengguna.

Namun, semasa meneliti kod laman tersebut, beliau mendapati pangkalan data backend sistem itu sebenarnya terdedah tanpa perlindungan sewajarnya.

Antara fail yang bocor termasuklah lebih 1,000 alamat emel profesional milik pembangun dan penerbit game. Ia bukan sahaja melibatkan pencipta tempatan, malah gergasi seperti HoYoverse (studio di sebalik Genshin Impact).

Apa yang lebih merosakkan adalah pendedahan gameplay dalaman dan butiran plot yang perlu dihantar oleh studio kepada pihak IGRS untuk tujuan penilaian rating umur.

Ternyata tidak hanya sistem klasifikasinya yg berantakan, proteksi keamanan datanya juga ternyata tidak ada.

Klo kyk gini, gameplay dan konten bakal bocor semua bahkan sebelum reveal announcement gamenya.

Negara open source memang mantab! https://t.co/JiUqFaWzqW pic.twitter.com/nBijyE6ecE

— Kris Antoni – Toge Productions (@kerissakti) April 12, 2026

Antara kebocoran paling kritikal yang dikesan adalah:

  • Penamat “007: First Light”: Spoiler cerita yang besar dan keseluruhan babak akhir game James Bond terbaru kini tular di internet, beberapa minggu sebelum tarikh pelancaran rasminya.
  • Projek Yang Masih Dalam Pembangunan: Dokumen dalaman menunjukkan rujukan kepada remake “Assassin’s Creed: Black Flag”, serta projek baru Konami bertajuk “Castlevania: Belmont’s Curse.”
  • Gameplay Akan Datang: Rakaman terperinci daripada game Bandai Namco, “Echoes of Aincrad,” turut didedahkan kepada umum.

So, I’ve been in charge of getting our IGRS process and strategy going at Riot and it’s been a journey. The way their system works is you fill out a brief survey which spits out a rating, and alongside that you provide a link to relevant footage and images for things like violence, language, sex etc

[image or embed]

— Nic McConnell (@mcconnell.bsky.social) April 13, 2026 at 11:13 PM

Bagi pembangun game, ini adalah situasi yang sangat buruk. Projek-projek seperti ini biasanya dilindungi oleh Perjanjian Kerahsiaan (NDA) yang sangat ketat. Apabila penamat game blockbuster seperti 007 bocor, ia boleh merosakkan strategi pemasaran dan naratif yang telah dirancang selama bertahun-tahun.

Tim IGRS telah memperbaiki leak data developer!
by u/Me_Finity in IndoGamer

Namun menurut sumber Reddit yang sama yang mula-mula mengesan kelemahan tersebut, mengesahkan bahawa pangkalan data IGRS secara rasminya telah diperbaiki. Lubang keselamatan yang membolehkan akses awam ke direktori peribadi telah ditutup, dan sistem backend kini tidak lagi boleh diceroboh melalui kaedah sebelum ini.

Tags: IGRS
ShareTweetSend
Previous Post

Anime Fest+ 2026: Hujung Minggu Penuh Cosplay, VTuber, & Muzik Bakal Melanda Sunway Pyramid!

Next Post

THE GUNDAM BASE Malaysia Rasmi Beroperasi – Taman Impian Pembina Gunpla!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
THE GUNDAM BASE Malaysia Rasmi Beroperasi – Taman Impian Pembina Gunpla!

THE GUNDAM BASE Malaysia Rasmi Beroperasi - Taman Impian Pembina Gunpla!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd