Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum kita dapat merasai RPG monster-taming “MONGIL: STAR DIVE“. Oleh itu, Netmarble mendedahkan maklumat tambahan melalui satu acara showcase tentang mekanik gameplay, pelan kandungan masa hadapan (roadmap), serta cabaran yang bakal mencabar pemain.
Sebagai sekuel kepada game popular tahun 2013 ‘Monster Taming‘, MONGIL: STAR DIVE dibangunkan menggunakan Unreal Engine 5, serta beralih daripada mekanik peranti mobile yang ringkas kepada pengalaman aksi sinematik yang lebih mantap dan padat aksi.
Inti utama game ini ialah sistem “Monsterling Collection”. Pemain boleh menangkap, mengumpul, dan synthesize raksasa untuk membina pasukan sendiri. Sistem combat pula menggunakan “tag system” tiga watak, di mana pemain boleh bertukar watak dengan pantas.
Berbeza dengan kebanyakan game mobile moden yang mementingkan “auto-play”, Netmarble menekankan kawalan manual. Kemenangan dalam combat bergantung kepada keupayaan pemain menyasarkan titik kelemahan musuh dan memusnahkan bahagian tertentu pada bos untuk mendapatkan kelebihan.
Acara showcase tersebut turut membawakan kejutan. Reginula, seekor Legendary Monster baharu, telah diperkenalkan sebagai matlamat endgame bagi setiap pemain.

Pembangun juga mengesahkan bahawa Esther akan menjadi character summon event pertama. Sebagai watak kegemaran ramai dalam semesta MONGIL, Esther kembali dengan kostum maid, membawa kekuatan yang sangat berguna di peringkat awal permainan.

Netmarble turut mengesahkan bahawa MONGIL: STAR DIVE secara rasmi akan dikembangkan ke platform konsol, dengan versi PlayStation 5 dan Xbox kini sedang dalam proses pembangunan.

Setakat hari ini, pra-pendaftaran global masih lagi dibuka. Mereka yang mendaftar melalui laman web rasmi akan menerima watak Francis secara percuma semasa pelancaran. Pemain yang mendaftar melalui App Store atau Google Play juga akan menerima “Compasses of Promise”; iaitu tiket khas yang digunakan untuk summon watak dan raksasa.









Discussion about this post