Perfect World Games dan pembangun Hotta Studio (yang terkenal sebagai pasukan di sebalik Tower of Fantasy) telah mengumumkan bahawa pra-tempahan untuk free-to-play action RPG “Neverness to Everness” kini boleh dibuat melalui PlayStation Store.
Game open-world bertemakan supernatural urban ini telah menarik perhatian ramai sejak pertama kali diperkenalkan, dan akan dilancarkan di seluruh dunia pada 29 April untuk PlayStation 5, PC, iOS dan Android.
Walaupun game ini free-to-play, edisi pra-tempahan berharga RM 39.73 boleh didapati di PS5, lengkap dengan pelbagai item bonus in-game untuk memberi kelebihan awal.

Edisi pra-tempahan ini merangkumi:
- Fabricated Dice (x5)
- De-noise Solution (x10)
- Elite Hunter Guide (x10)
- Chaotic Dye (x10)
- Manhole Boss (x10)
- Beetle Coin (x100,000)
Game ini meletakkan pemain dalam peranan seorang “Appraiser” yang bekerja di Eibon Antique Shop. Namun, ini bukan kerja jual beli barangan antik biasa.
Sebagai ahli Eibon, pemain akan berperanan sebagai Anomaly Hunter: seseorang yang menerima tugasan untuk menangani pelbagai gangguan ganjil dan supernatural di seluruh persekitaran bandar moden.

Anomali ini merangkumi pelbagai situasi, daripada makhluk nakal “Mysties” yang mengacau di sebuah restoran hot pot, sehinggalah kepada “Ora Punchers” yang berkeliaran di jalanan mencari orang yang lalu-lalang untuk diseret masuk ke dalam pertarungan.









Discussion about this post