SEGA mengumumkan bahawa DLC “Mega Man Pack” untuk Sonic Racing: CrossWorlds kini boleh didapati di semua platform. Pack ini boleh dibeli secara berasingan atau diperoleh sebagai sebahagian daripada Season Pass game ini.
DLC baharu ini membawa masuk dua watak kesayangan Capcom ke dalam barisan watak; Mega Man dan Proto Man. Kedua-duanya boleh dimainkan sepenuhnya dengan enam emote unik setiap satu.
Selain dua pemandu baharu ini, pack ini turut memperkenalkan Rush Roadstar, sebuah kenderaan yang diilhamkan oleh teman setia Mega Man iaitu anjing robotik bernama Rush. Pemain boleh memandu kenderaan ini di litar baharu “Wily Castle”, yang diambil daripada salah satu lokasi paling ikonik dalam sejarah Mega Man… kubu Dr. Wily.

DLC ini juga menambah beberapa muzik bertema Mega Man ke dalam soundtrack permainan, termasuk:
- “Wily Castle”
- “Mega Man Character Select”
- “Mega Man: Result”
Sonic Racing: CrossWorlds kini boleh didapati di PlayStation 5, Xbox Series X|S, Nintendo Switch 2, PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch, dan PC melalui Steam serta Epic Games Store.









Discussion about this post