Siri Monster Hunter keluaran CAPCOM sekali lagi berganding bahu dengan JAPAN RAIL CAFE di Singapura untuk tahun kedua berturut-turut bagi meraikan pelancaran Monster Hunter Stories 3: Twisted Reflection.
[RESTORAN INI TIDAK HALAL. ARTIKEL INI ADALAH UNTUK PEMBACA KAMI YANG BUKAN MUSLIM]
Berlangsung dari 16 Mac hingga 26 April 2026, kolaborasi ini mengalu-alukan peminat mahupun pengunjung baharu untuk menyelami dunia Monster Hunter Stories melalui hidangan bertema, barangan koleksi, demo permainan yang boleh dicuba serta pameran interaktif.
Sepanjang tempoh kolaborasi ini, kafe akan dihiasi dengan visual yang memaparkan Monsties (rakan monster), watak-watak dan landskap ikonik dalam game.
Pengunjung boleh menjelajahi ruang pameran khas yang menampilkan lakaran konsep dan reka bentuk watak, manakala standee watak bersaiz sebenar pula menyediakan latar untuk bergambar.
Para gamer berpeluang mencuba stesen demo di dalam kafe yang menampilkan Monster Hunter Stories 3: Twisted Reflection, yang telah dilancarkan sejak 13 Mac 2026. Game ini meletakkan pemain dalam peranan sebagai Rider yang menjalinkan ikatan dengan Monstie.
Berbeza daripada siri utama Monster Hunter yang terkenal dengan aksi pemburuan, siri Stories memberi tumpuan kepada pengembaraan berasaskan naratif dan pertarungan strategi secara turn-based.
Hidangan Kolaborasi
Menu “Twin Flavour” di kafe ini menawarkan tiga hidangan nasi yang direka khas:

- Twin Rathalos Salmon Don ($19++) – Dinamakan sempena wyvern ikonik dalam siri ini, mangkuk ini disajikan dengan salmon salai dan perut salmon
- Pork & Salad Harvest Bowl ($18++) – Menampilkan hirisan perut babi bersama sayur-sayuran
- Ranger’s Yakitori Fire Bowl ($17++) – Tusukan ayam panggang bersama terung berlauk miso
Tiga minuman bertema melengkapkan menu ini: “Antidote” (float oren dan vanila), “Potion” (float tembikai susu dan pudina), dan “Zest Pill” (float tembikai merah dan grenadine), setiap satu berharga $7++.

Setiap hidangan kolaborasi disertakan dengan food pick koleksi secara rawak, manakala pelanggan yang memesan mana-mana daripada tiga mangkuk nasi akan menerima satu daripada lima coaster watak edisi terhad — diberikan secara rawak.
Untuk maklumat lanjut, layari CAPCOM SEA atau JAPAN RAIL CAFE di media sosial.




![[PANDUAN] Monster Hunter Stories 3: Twisted Reflection – Cara Membuka Semua Monster Mutation!](https://cdn.gamersantai.com/2026/03/MH-STORIES-3_MUTATION_FI-75x75.jpg)




Discussion about this post