The Pokémon Company mengesahkan bahawa dua game klasik yang amat digemari, Pokémon FireRed Version dan Pokémon LeafGreen Version, akan dilancarkan di Nintendo Switch eShop pada 27 Februari 2026. Pelancaran ini diadakan khas bagi memeriahkan lagi sambutan ulang tahun ke-30 francais tersebut.
Bagi mereka yang tidak sabar untuk memulakan pengembaraan, sesi pra-tempah kini dibuka dengan harga RM80.36 bagi setiap satu game.
Game-game ini asalnya keluar pada tahun 2004 menerusi sistem Game Boy Advance sebagai remake kepada game Pokémon yang pertama. Kini selepas tiga dekad, versi tersebut dibawakan ke konsol Switch untuk memberi peluang kepada pemain merasai semula nostalgia mengumpul 151 Pokémon asal.
Dalam game ini, pemain akan melalui perjalanan untuk bergelar Pokémon League Champion, menumpaskan lapan Gym Leader, dan menempuh cabaran di Victory Road. Versi ini turut menyertakan Sevii Islands; sebuah kawasan post-game yang cukup luas.
Di sana, pemain boleh menerokai pelbagai rahsia tambahan serta menangkap Pokémon dari rantau Johto yang tidak ditawarkan dalam versi original tahun 1996.
Walaupun hadir untuk platform yang serba canggih, kedua-dua game ini masih mengekalkan identiti asal dari tahun 2004. Ciri “Pokémon Wireless Club” telah dipertingkatkan untuk serasi dengan fungsi komunikasi local wireless Nintendo Switch.
Ini membolehkan pemain trade, battle, dan berinteraksi dengan rakan-rakan yang berdekatan secara mudah.









Discussion about this post