Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Call of Duty: Warzone Mobile ‘Gantung Senjata’ Pada April 2026, Tiada Refund Akan Diberikan Lagi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 18, 2026
in Android, Artikel, Battle Royale, Berita, iOS, Mobile, Shooter
0 0
0
Call of Duty: Warzone Mobile ‘Gantung Senjata’ Pada April 2026, Tiada Refund Akan Diberikan Lagi!
Share on FacebookShare on Twitter

Activision kini telah menetapkan tarikh tutup bagi Call of Duty: Warzone Mobile, dengan mengesahkan bahawa semua server bagi game mobile shooter battle royale tersebut akan dimatikan secara permanen pada 17 April 2026.

Langkah ini merupakan fasa terakhir dalam proses penutupan game tersebut yang telah bermula sejak hampir setahun yang lalu. Pada Mei tahun lepas, Activision telah pun mengakui bahawa projek ini tidak membuahkan hasil seperti yang diharapkan.

Ekoran itu, mereka mengambil tindakan awal dengan membuang Warzone Mobile daripada Apple App Store dan Google Play Store.

Menurut pasukan pembangun, penutupan pada April 2026 adalah “langkah terakhir”. Selepas 17 April, game tersebut tidak lagi akan dapat dimainkan atau diakses oleh sesiapa pun.

Satu perkara penting yang perlu pemain sedia ada tahu adalah mengenai pembelian dalam aplikasi. Activision menegaskan bahawa tiada sebarang bayaran balik akan diberikan untuk baki COD Point yang tidak digunakan atau mana-mana kandungan digital yang telah dibeli.

Oleh itu, pemain dinasihatkan untuk menghabiskan semua baki mata ganjaran dan menikmati kandungan yang ada dalam tempoh dua bulan terakhir ini sebelum servis dihentikan sepenuhnya.

Dengan pengunduran Warzone Mobile, Activision menggalakkan pemain untuk beralih ke Call of Duty: Mobile – sebuah lagi game berasingan yang terbukti lebih berjaya dan mempunyai komuniti yang besar.

Pihak Activision kini memberikan fokus sepenuhnya kepada Call of Duty: Mobile sebagai pengalaman utama francais itu di platform telefon pintar. Game ini akan terus mendapat sokongan penuh melalui kemas kini musim, mod Ranked Play, Battle Pass baharu, serta pelbagai mod seperti Multiplayer, Battle Royale, dan Zombies.

Malah, mereka turut memperkenalkan mod DMZ: Recon.

Bagi peminat yang masih mahu merasai pengalaman Warzone sebenar, Activision mengingatkan bahawa game tersebut masih lagi aktif dan boleh dimainkan secara percuma di platform PC serta konsol.

Tags: Call of Duty: Warzone Mobile
ShareTweetSend
Previous Post

Remake Bagi Resident Evil Code: Veronica & Zero Dalam Rancangan, Menurut Leaker Terkenal!

Next Post

Dragon Ball Super – Siapakah Planet Eater Moro, Antagonis Utama Dalam Arc Galactic Patrol?

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Dragon Ball Super – Siapakah Planet Eater Moro, Antagonis Utama Dalam Arc Galactic Patrol?

Dragon Ball Super - Siapakah Planet Eater Moro, Antagonis Utama Dalam Arc Galactic Patrol?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd