HoYoverse telah mendedahkan update besar seterusnya bagi Honkai: Star Rail. Dalam satu siaran khas, pembangun tersebut mengumumkan bahawa Honkai: Star Rail Version 4.0 (bertajuk “No Aha At Full Moon”) bakal dilancarkan pada 13 Februari ini.
Selamat Datang ke Planarcadia
Planarcadia bukanlah planet biasa. Digambarkan sebagai taman permainan peribadi Aha, ia merupakan sebuah masyarakat di mana pengaruh adalah satu-satunya perkara yang penting, manakala hiburan menjadi cara hidup utama.
Planarcadia merupakan tanah air kepada Navigator Himeko dan lokasi di mana Astral Express memulakan semula perjalanannya 15 tahun yang lalu. Tibanya di sana, kru akan disambut oleh Madam Pearl, salah seorang ahli berpangkat tinggi dari Strategic Investment Department IPC.
Tumpuan utama naratif 4.0 ialah Phantasmoon Games. Direka sendiri oleh “The Laughter” (Aha), peraturannya sangat mudah: tiada peraturan tetap. Matlamat utama peserta hanyalah untuk menjadi yang paling banyak menarik perhatian.
Ganjarannya juga cukup luar biasa: pemenang bukan sahaja mendapat peluang untuk bertemu dengan Aeon tersebut, malah akan menerima hadiah untuk “menjadi Aeon selama satu minit.”
Hanya lapan topeng wujud sebagai tiket penyertaan, dan persaingan semakin sengit. Pelbagai faction besar termasuk IPC, Xianzhou Alliance, dan Masked Fools semuanya telah menghantar wakil masing-masing. Malah, Stellaron Hunter juga telah membuat kemunculan, dengan Silver Wolf dan Blade dilihat sudah mula bergerak di sebalik tabir.
Adakah mereka juga mengejar kemenangan dalam Phantasmoon Games? Segala persoalan ini akan terjawab dalam jalan cerita akan datang.
Gameplay Baharu: Kekuatan Elation
Version 4.0 membawakan perubahan besar dalam sistem combat. Dengan pengaruh Aha yang sangat kuat, pemain kini boleh menggunakan “Punchlines” dalam perlawanan.
Apabila menggunakan watak daripada Path of Elation, atau ketika menentang musuh-musuh istimewa, Punchlines ini akan terkumpul sehingga minat Aha mencapai puncaknya, lalu mencetuskan “Aha Instant.”
Semasa fasa Aha Instant, Aeon tersebut akan turun padang, membolehkan watak-watak Elation dalam pasukan melancarkan Elation Skills secara berturut-turut untuk menghasilkan damage yang amat besar. Selepas fasa tersebut berakhir, semua watak Path of Elation akan menerima buff “Certified Banger” tersendiri.
Bintang Baharu, Yao Guang dan Sparxie
Dua watak 5-star baharu bakal menyertai senarai watak dalam kemas kini ini:
- General Yao Guang (Physical / Path of Elation): Beliau merupakan senior kepada Fu Xuan dan seorang pakar strategi ramalan yang hebat. Dalam combat, beliau menggunakan “Weal and Woe Lots.” “Weal Lots” meningkatkan damage pasukan dan mengumpul stack Punchline, manakala “Woe Lots” pula menyebabkan musuh menerima lebih banyak damage serta memulihkan Skill Points untuk pasukan. Ultimate bukan sahaja memberikan Punchline, malah mencetuskan Aha Instant tambahan secara serta-merta.
- Sparxie (Fire / Path of Elation): Seorang figura misteri yang wajahnya sangat menyerupai Masked Fool, Sparkle. Sparxie merupakan streamer paling popular di Planarcadia. Beliau akan membuka satu “livestream” di mana pemain perlu menggunakan Skill Points untuk menghantar “Gifts” kepadanya. Hadiah-hadiah ini akan memulihkan Skill Points atau Punchline secara rawak. Semakin banyak Skill Points digunakan, semakin tinggi damage yang dihasilkan. Semasa Aha Instant, Sparxie akan mengadakan cabutan bertuah yang menghasilkan damage “bounce” yang besar kepada semua musuh.
Banner dan Ganjaran Lumayan
Separuh pertama dan kedua bagi Versi 4.0 menyaksikan kepulangan watak terhad 5-star seperti Black Swan, Sparkle, dan Rappa, di samping watak baharu seperti Evernight, Hysilens, dan Cerydra.
Black Swan dan Sparkle akan menerima buff; Black Swan kini akan meningkatkan damage keseluruhan pasukan DoT (Damage over Time), manakala kit sokongan Sparkle pula diperluaskan untuk meningkatkan damage berasaskan Elation secara khusus.
Untuk meraikan pelancaran besar 4.0 ini, HoYoverse menawarkan ganjaran yang sangat pemurah:
- 20 Warp percuma hanya dengan log masuk selepas kemas kini.
- 1,600 Stellar Jades melalui acara keberuntungan Yao Guang.
- Satu selector 5-star percuma.
- Outfit baharu untuk Ruan Mei, tersedia secara percuma.
- Kostum Trailblazer dan hiasan kepala baharu yang boleh ditebus.
Mengembangkan Alam Semesta Star Rail
Selain daripada jalan cerita utama, beberapa mod permanen juga akan dikembangkan. “Currency Wars” akan menerima pengembangan pertamanya, manakala “Divergent Universe” juga akan mendapat kemas kini kandungan.
Acara masa terhad baharu termasuk “Cosmicon Collective,” di mana pemain mencabar musuh melalui perlawanan kad, dan “Furbobo Weekly,” di mana Trailblazer akan menjadi editor majalah dan alami pengalaman pengurusan serta membuat keputusan kritikal.
Honkai: Star Rail kini tersedia di PlayStation 5, PC (melalui client rasmi dan Epic Games Store), iOS, dan Android.









Discussion about this post