Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jom Main Naruto Ninja Cards! Permainan Kad Digital Rasmi Untuk Francais Naruto!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 6, 2026
in Android, Anime, Artikel, Berita, iOS, Kad Strategi, Mobile, Trading Card Game
0 0
0
Jom Main Naruto Ninja Cards! Permainan Kad Digital Rasmi Untuk Francais Naruto!
Share on FacebookShare on Twitter

Naruto Ninja Cards telah memulakan fasa soft launch secara rasmi, membuka ‘pintunya‘ kepada pemain iOS dan Android di Malaysia.

Pengumuman tersebut dibuat melalui akaun rasmi X game ini, yang mengesahkan bahawa judul tersebut kini boleh dimuat turun. Dibangunkan oleh Sekai, ini merupakan pengalaman kad koleksi digital rasmi yang pertama untuk francais gergasi ini.

Answering a question we've been getting a lot: Yes it's official

— NARUTO: Ninja Cards (@NarutoNC_) February 6, 2026

Walaupun francais Naruto telah menyaksikan puluhan game bergenre fighting dan RPG selama beberapa dekad, Naruto Ninja Cards mengubah tumpuan kepada real-time strategy yang lebih santai dan mudah diakses.

Dengan lesen rasmi daripada TV TOKYO, game ini membolehkan pemain membina “pasukan impian” menggunakan watak-watak daripada siri asal Naruto Shippuden, dan Boruto.

Coming soon.

Title subject to change
Available everywhere outside of Japan and Mainland China pic.twitter.com/udS67NN3uQ

— NARUTO: Ninja Cards (@NarutoNC_) May 22, 2025

Gameplay direka untuk peranti mobile, menampilkan lane-based combat. Pemain perlu menyusun kad watak di tiga lorong, menguruskan tahap chakra, dan mengaktifkan jutsu pada waktu yang tepat untuk mengalahkan lawan. Setiap perlawanan dihadkan selama tiga minit sahaja.

Antara daya tarikan utama adalah karya seni rasmi baharu yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Ini bukannya sekadar gambar lama daripada anime; pasukan Sekai telah berusaha menghasilkan visual baharu untuk watak ikonik seperti Naruto, Sasuke, dan Sakura.

Game ini juga menggunakan pendekatan “kronologi” untuk kemas kini kandungannya. Daripada melancarkan semua watak sekali gus, game ini mengikuti jalan cerita asal secara musim:

  • Musim 1 memfokuskan kepada arc “Land of Waves” (pengenalan Zabuza dan Haku).
  • Musim 2 bakal menyentuh arc “Chunin Exams.”

Format ini membolehkan pemain mengimbau saga Naruto dari awal, satu arc pada satu masa, sambil membina deck yang mencerminkan era tertentu dalam siri tersebut.

Tags: Naruto Ninja Cards
ShareTweetSend
Previous Post

Tales of Arise Menuju Ke Nintendo Switch 2 Dalam Beyond the Dawn Edition!

Next Post

Honkai: Star Rail Version 4.0 Akan Datang 13 Februari 2026 – 20 Pull & Watak 5-Star Percuma !

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Honkai: Star Rail Version 4.0 Akan Datang 13 Februari 2026 – 20 Pull & Watak 5-Star Percuma !

Honkai: Star Rail Version 4.0 Akan Datang 13 Februari 2026 - 20 Pull & Watak 5-Star Percuma !

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd