Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

My Hero Academia: All’s Justice – Lebih 50 Orang, Inilah Senarai Penuh Watak Anda Boleh Main!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 29, 2026
in Anime, Artikel, Berita, Fighting, PC, PS5, Senarai, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
My Hero Academia: All’s Justice – Lebih 50 Orang, Inilah Senarai Penuh Watak Anda Boleh Main!
Share on FacebookShare on Twitter

Tinggal seminggu sahaja lagi sebelum pelancaran My Hero Academia: All’s Justice, dan Bandai Namco akhirnya mendedahkan senarai penuh roster watak game tersebut. Menerusi trailer baharu, pihak mereka mengesahkan bahawa game fighter ini bakal menampilkan barisan melebihi 50 watak, dengan fokus utama pada arc “Final War.”

Penambahan utama dalam roster ini memfokuskan kepada versi “endgame” bagi ikon-ikon utama siri ini. Pemain akan dapat mengawal Izuku Midoriya (One For All) dan Tomura Shigaraki (All For One) dalam bentuk paling kuat mereka.

Trailer tersebut turut mengesahkan kehadiran All For One (Rewind) dan watak kegemaran ramai, Armored All Might.

Buat pertama kali bagi francais ini, game ini mempunyai kesemua pelajar Kelas 1-A, lengkap dengan kuasa dan teknik dari arc terakhir. Ini bermakna watak-watak yang sebelum ini sekadar watak sokongan (seperti Toru Hagakure, Koji Koda, dan Rikido Sato) kini boleh dimainkan sepenuhnya.

Senarai penuh roster yang disahkan termasuk:

  • Protagonis: Izuku Midoriya (Rising, One for All), Katsuki Bakugo, Shoto Todoroki, Ochaco Uraraka, Tenya Iida, Tsuyu Asui, Momo Yaoyorozu, Denki Kaminari, Mina Ashido, Kyoka Jiro, Eijiro Kirishima, Minoru Mineta, Fumikage Tokoyami, Toru Hagakure, Yuga Aoyama, Mashirao Ojiro, Mezo Shoji, Koji Koda, Rikido Sato, dan Hanta Sero.
  • Pro Heroes: All Might (Armored), Endeavor, Hawks, Shota Aizawa, Present Mic, Best Jeanist, Midnight, Fat Gum, Sir Nighteye, Edge Shot, Mirko, dan Gang Orca.
  • Villains: All for One (Regular, Chaos, Rewind), Tomura Shigaraki (All for One), Himiko Toga, Dabi (Flame of Death), Kurogiri, Stain, Gentle & La Brava, dan Lady Nagant.
  • Pelajar U.A. & Shiketsu: Mei Hatsume, Hitoshi Shinso, Itsuka Kendo, Tetsutetsu Tetsutetsu, Neito Monoma, Mirio Togata, Tamaki Amajiki, Nejire Hado, Inasa Yoarashi, Camie Utsushimi, dan Seiji Shishikura.

Mod Permainan

All’s Justice bukan sekadar game fighting biasa. Ia memperkenalkan beberapa mod yang direka untuk peminat mendalami jalan ceritanya:

  • Story Mode: Pemain boleh alami “Final War” dari dua perspektif berbeza, bertukar antara pihak Hero dan Villain untuk melihat bagaimana konflik tersebut berlaku.
  • Archives Battle: Mod ini membolehkan peminat mengimbas semula pertarungan ikonik tertentu dalam sejarah siri untuk merasai semula detik-detik tersebut.
  • Team Up Missions: Berlatarbelakangkan peta serba baharu, misi ini mencabar pemain untuk membentuk skuad tertentu bagi menyelesaikan objektif.
  • Hero’s Diary: Mod yang memfokuskan kepada perjalanan peribadi dan perkembangan pelbagai watak sampingan.

Game ini akan dikeluarkan pada 5 Februari 2026 bagi PlayStation 5 dan Xbox Series X|S. Pemain PC pula boleh mula cuba apabila game ini dilancarkan di Steam pada 6 Februari.

Tags: My Hero Academia: All’s Justice
ShareTweetSend
Previous Post

A Whisper of Fall: Jinyiwei Dedah Gameplay Baru – Sebuah RPG Aksi Zaman Dinasti Ming Sokongan Sony

Next Post

Astro Shaw Cinematic Universe – Polis Evo, High Council & Keluang Man Bertemu Era Baharu Filem Malaysia!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Langrisser: Sea of Sword – Combat Dual-Hero Dengan Dunia Bebas Untuk Meneroka
Berita

Langrisser: Sea of Sword – Combat Dual-Hero Dengan Dunia Bebas Untuk Meneroka

July 22, 2026
Sankei Digital & Eliphant Bersatu Untuk Bawa Game Tempatan ke Pentas Dunia
Industri

Sankei Digital & Eliphant Bersatu Untuk Bawa Game Tempatan ke Pentas Dunia

July 22, 2026
Previu Persona 4 Revival – Kita Kembali Ke Midnight Channel, Rupa Paras & Gameplay Lagi Dinamik
Preview

Previu Persona 4 Revival – Kita Kembali Ke Midnight Channel, Rupa Paras & Gameplay Lagi Dinamik

July 22, 2026
Next Post
Astro Shaw Cinematic Universe – Polis Evo, High Council & Keluang Man Bertemu Era Baharu Filem Malaysia!

Astro Shaw Cinematic Universe - Polis Evo, High Council & Keluang Man Bertemu Era Baharu Filem Malaysia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd