Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Forza Horizon 6 Akan Hadir Mei 2026, Fokus Pada JDM Buat Kali Pertama!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 23, 2026
in Artikel, Berita, Microsoft, PC, PS5, Steam, Sukan/lumba, Xbox Series X|S
0 0
0
Forza Horizon 6 Akan Hadir Mei 2026, Fokus Pada JDM Buat Kali Pertama!
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam Developer_Direct hari ini, Xbox Game Studios dan Playground Games secara rasmi telah mendedahkan Forza Horizon 6. Game ini dijadualkan untuk keluar pada 19 Mei 2026 bagi Xbox Series X|S dan PC melalui Steam serta Microsoft Store.

Playground Games turut mengesahkan bahawa Forza Horizon 6 akan dikeluarkan di PlayStation 5 pada penghujung tahun 2026. Seperti yang dijangkakan, ia akan tersedia di Game Pass pada hari pertama pelancaran untuk pemain Xbox dan PC.

Permulaan Dari Pelancong Kepada Legenda

Berbeza dengan Forza Horizon 5 di mana pemain tiba di Mexico sebagai seorang superstar, Horizon 6 membawakan pendekatan yang lebih sederhana. Anda memulakan perjalanan sebagai seorang pelancong—iaitu seorang peminat yang mengembara ke Jepun hanya berbekalkan impian dan ditemani beberapa orang rakan.

Matlamat utama adalah untuk sampai ke “Legend Island,” sebuah kawasan endgame eksklusif yang dikhaskan untuk pemandu terbaik di dunia.

Sepanjang perjalanan, pemain akan mengisi “Collection Journal” (sebuah buku skrap digital yang diinspirasikan oleh budaya mengumpul setem di Jepun) dengan mengambil gambar mercu tanda, lukisan mural, dan lokasi-lokasi tersembunyi.

Peta Paling Padat Pernah Dibina

Gambaran Jepun dalam game ini bukanlah rekreasi 1:1, sebaliknya ia adalah “curated reality” yang direka untuk keseronokan pemanduan. Map permainan dibahagikan kepada biom yang berbeza, merangkumi kawasan pinggir bandar dengan jalan sempit sehinggalah ke kawasan limbungan perindustrian di Tokyo.

Namun, tumpuan utama pastinya tertumpu kepada Tokyo. Ia merupakan kawasan bandar terbesar dalam sejarah francais ini, menampilkan mercu tanda ikonik seperti Lintasan Shibuya dan Tokyo Tower.

Playground Games menegaskan bahawa ini adalah peta paling “vertical” yang pernah mereka bina, penuh dengan pencakar langit, papan tanda neon, dan lorong-lorong rahsia yang menanti untuk diterokai.

Budaya Kereta

Semasa pelancaran, Forza Horizon 6 akan menampilkan lebih 550 buah kereta. Walaupun senarainya pelbagai, terdapat penekanan yang kuat terhadap Japanese Domestic Market (JDM) serta budaya yang mengelilinginya.

Muka depan permainan mempamerkan dua Toyota yang berbeza: 2025 GR GT Prototype, dan 2025 Toyota Land Cruiser. Seni pada kotak permainan pula dihasilkan dengan kerjasama Master Artist bagi menggambarkan gaya lukisan dakwat tradisional “Sumi-E”.

Bagi peminat tegar, game ini memperkenalkan “Car Meets” yang diinspirasikan oleh kawasan parkir Daikoku yang terkenal. Ini adalah hab sosial kekal di mana pemain boleh meletakkan kenderaan, berbual, mempamerkan custom livery, malah membeli kereta secara terus daripada pemain lain.

Membina Kediaman The Estate dan Akiya

Salah satu ciri baharu ialah “The Estate.” Diinspirasikan oleh konsep Akiya (rumah luar bandar yang terbiar) di Jepun, pemain ditugaskan untuk membaik pulih sebuah hartanah lama di kawasan lembah pergunungan.

Tidak seperti rumah biasa, The Estate adalah sebuah sandbox.

Menggunakan alatan “CoLab” baharu (evolusi daripada EventLab), pemain boleh membina apa sahaja di atas tanah ini—daripada drift track peribadi sehinggalah ke bilik pameran kereta yang rumit—menggunakan kredit dalam game yang diperoleh melalui perlumbaan atau tugasan “menghantar tofu” merentasi pergunungan.

Lebih Inklusif Daripada Sebelum Ini

Forza Horizon 6 menyertakan “Car Proximity Radar” untuk pemain yang cacat penglihatan, sokongan Bahasa Isyarat, serta ciri “AutoDrive” bagi memastikan game ini dapat dinikmati oleh sesiapa sahaja, tanpa mengira tahap kemahiran pemanduan mereka.

Tags: Forza Horizon 6
ShareTweetSend
Previous Post

‘Reboot’ Fable Akan Tiba Hujung 2026 —Bukan Eksklusif Xbox, Akan Menuju Ke PS5 Sekali

Next Post

McDonald’s Hebatkan Happy Meal Dengan Kolaborasi UNO x Anime, Menampilkan My Hero Academia & SPY x FAMILY

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
McDonald’s Hebatkan Happy Meal Dengan Kolaborasi UNO x Anime, Menampilkan My Hero Academia & SPY x FAMILY

McDonald’s Hebatkan Happy Meal Dengan Kolaborasi UNO x Anime, Menampilkan My Hero Academia & SPY x FAMILY

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd