Selepas ditunda daripada tahun 2025, Bungie secara rasmi mengesahkan bahawa extraction shooter sci-fi mereka, Marathon, akan dilancarkan pada 5 Mac 2026. Studio tersebut membuat pengumuman itu bersama trailer baharu, yang mendedahkan edisi pelancaran, serta item-item crossover untuk pemain Destiny 2.
Merupakan reboot kepada sebuah judul klasik sama pada tahun 1994, ia akan tiba di PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam, serta menampilkan sokongan penuh cross-play dan cross-save semasa pelancaran.
Berbeza dengan trilogi single-player asal, reboot ini merupakan sebuah extraction shooter berasaskan pasukan. Pemain akan membentuk kru bertiga untuk turun ke zon Tau Ceti IV, bertarung menentang skuad pesaing dan pasukan keselamatan kawalan AI demi mendapatkan loot. Matlamatnya mudah tetapi berisiko tinggi: selesaikan misi, lakukan extract bersama kelengkapan anda, dan gunakan hasil rampasan untuk menaik taraf Runner anda bagi misi seterusnya.
Game ini akan dilancarkan dengan pelbagai peta dan mod “Ranked” untuk Season One, di mana pemain boleh memasuki zon berisiko tinggi seperti “Cryo Archive.”
Butiran Edisi dan Pra-Tempah
Pra-tempah telah dibuka bermula hari ini dengan tiga versi berbeza.
Standard Edition memberikan akses kepada game asas dan semua kemas kini akan datang, termasuk peta baharu dan shell Runner (kelas) yang dikeluarkan sepanjang tahun. Pembeli awal akan mendapat pek kosmetik “Zero Step”, yang merangkumi skin senjata sisi taktikal dan pelbagai item penyesuaian profil.
Deluxe Edition pula menambah Baucar Premium Rewards Pass dan kosmetik “Midnight Decay” untuk senjata serta empat shell Runner khusus: Vandal, Destroyer, Assassin, dan Thief.

Peminat tegar boleh mendapatkan Collector’s Edition, eksklusif di Bungie Store. Set fizikal ini memfokuskan kepada kisah “bio-cybernetic” permainan tersebut, menampilkan pengalaman unboxing premium yang digayakan mengikut proses shell-weaving rekaan Sekiguchi Genetics. Di dalamnya, pemilik akan menemui patung berskala 1/6 Thief Runner Shell, patch bersulam berat, poskad seni, dan miniatur “WEAVEworm”.
Crossover Destiny 2
Dalam usaha menghubungkan dua komuniti besar mereka, Bungie menawarkan ganjaran serta-merta dalam Destiny 2 bagi pemain yang membuat pra-tempah Marathon. Menghubungkan akaun Bungie.net akan membuka Exotic Ghost Shell, Ship, dan Sparrow bertemakan UESC dalam Destiny 2, yang direka mengikut estetik utilitarian alam semesta Marathon.
Aksesori Baharu
Sony dan Bungie turut memanfaatkan pelancaran ini dengan perkakasan edisi terhad. DualSense Wireless Controller dan Pulse Elite Headset bertemakan Marathon telah didedahkan hari ini, menampilkan palet warna putih terang dan hijau neon yang menjadi identiti permainan tersebut. Kedua-dua peranti ini akan dilancarkan bersama game itu pada 5 Mac.









Discussion about this post