Konami Digital Entertainment secara rasminya telah membuka penyertaan untuk kempen kompetitif besar-besaran terbaharunya. Bermula hari ini, pemain di seluruh dunia boleh menyertai pusingan kelayakan eFootball Championship 2026 Manchester United, yang direka untuk mencari peminat yang akan mewakili The Red Devils secara rasmi di pentas esports global.
Untuk menyertai, pemain hanya perlu memuat turun eFootball (yang percuma untuk dimainkan) dan pergi ke hab “Club Event” di dalam game.
Pemain Legenda dan Bonus Log Masuk

Untuk meraikan acara ini, Konami turut membawakan kandungan yang menggamit nostalgia peminat United.
Manchester United Club Pack kini tersedia, menampilkan kesebelasan utama semasa. Namun, bagi mereka yang ingin membina “pasukan impian”, tiga nama besar daripada sejarah kelab telah ditambah ke dalam senarai pemain:
- George Best (Kad Big Time)
- Peter Schmeichel (Kad Epic)
- Bryan Robson (Kad Epic)

Pemain yang menyertai kempen ini juga boleh mendapatkan ganjaran mudah hanya dengan log masuk dan bermain. Log masuk harian akan memberikan syiling eFootball dan item latihan, manakala menyelesaikan acara dalam game tertentu boleh membuka efek gol istimewa dan tiket untuk peluang memenangi sehingga 1,000 syiling.
Stadium Baharu untuk Barcelona

Walaupun berita hari ini tertumpu kepada Manchester, ada juga kemas kini penting untuk peminat FC Barcelona.
Stadium Spotify Camp Nou yang baru diubah suai secara rasminya telah membuat kemunculan sulung dalam game. Mulai hari ini, stadium yang dikemaskini itu tersedia khusus untuk versi mobile eFootball.
Konami telah mengesahkan bahawa pemain konsol dan PC akan mendapat akses ke stadium wajah baharu ini dalam kemas kini akan datang. Pengguna mobile boleh mengakses stadium baharu ini serta-merta dengan pergi ke Extras > Game Settings > Download Data > Download Stadium Data.
Untuk maklumat lanjut, pemain boleh melayari laman web rasmi Konami eFootball.









Discussion about this post