Chorus Worldwide dan pembangun Toge Productions hari ini mengumumkan bahawa game original Coffee Talk akan dilancarkan secara rasmi untuk mobile iOS dan Android pada 20 Mac 2026.

Walaupun judul ini telah menjadi kegemaran ramai di PlayStation, Xbox, Switch, dan PC sejak kemunculannya pada tahun 2020, adaptasi kepada bentuk mobile adalah antara ciri yang paling banyak diminta oleh komuniti bagi “simulator kafe dan luahan perasaan” ini.
UI skrin sentuh dilihat sangat sesuai dengan mekanik membancuh game ini, membolehkan pemain mencampur bahan untuk menghasilkan latte yang sempurna.

Jika terlepas keluaran asalnya, Coffee Talk menawarkan kelainan dan rentak yang lebih santai berbanding game mobile lain yang biasanya penuh tekanan. Berlatarbelakangkan Seattle moden versi fantasi, anda bermain sebagai seorang barista yang bekerja syif malam.
Pelanggan anda bukan sekadar manusia, tetapi juga elf, orc, succubus, dan raksasa fantasi lain yang cuba meneruskan hidup dalam dunia yang serba biasa.

Tiada had masa yang kelam-kabut atau boss fight di sini. Gameplay meminta kita mendengar masalah pelanggan—bermula dari drama percintaan antara spesies hinggalah kepada tekanan kerja—dan menghidangkan minuman yang tepat untuk membantu mereka mengharungi malam tersebut.
Game ini terkenal dengan estetik pixel-art yang diinspirasikan oleh anime tahun 90-an serta runut bunyi lo-fi hip-hop yang santai.









Discussion about this post