Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Inovasi AI Buatan ASUS Untuk 2026- Dari Zenbook DUO Hingga ExpertBook Ultra!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 7, 2026
in Artikel, Berita, Komputer, Laptop, Teknologi
0 0
0
Inovasi AI Buatan ASUS Untuk 2026- Dari Zenbook DUO Hingga ExpertBook Ultra!
Share on FacebookShare on Twitter

ASUS mendedahkan barisan teknologi berkuasa AI seterusnya di acara maya “Always Incredible” untuk CES 2026. Pameran ini tertumpu pada peranti pintar yang direka untuk meningkatkan produktiviti, kreativiti, dan mempermudahkan kehidupan harian.

Strategi AI syarikat yang luas ini memberi tumpuan kepada tujuh bidang utama, dengan penekanan khusus di CES pada Workspace AI, Creator AI, dan Everyday AI. Berikut adalah produk yang diumumkan:

Everyday AI

Pengumuman yang menonjol ialah ASUS Zenbook DUO, sebuah komputer riba dwi-skrin yang telah pun memenangi Anugerah Inovasi CES 2026 dalam kategori Artificial Intelligence.

Ia menampilkan dua paparan ASUS Lumina Pro OLED 14-inci yang disambungkan oleh engsel yang mengurangkan jurang di antara kedua-dua skrin sebanyak 70%. Panel-panel ini disalut untuk anti-pantulan dan mempunyai variable refresh rate 48–144Hz.

Dikuasakan oleh pemproses sehingga Intel Core Ultra X9 Series 3 dan GPU Intel Arc, ia memberikan grafik mewah yang disokong oleh sistem penyejukan dwi-kipas dan dwi-bateri 99Wh. Casis Ceraluminum yang tahan lasak, engsel yang diperkukuh, dan teknologi Smudge-Free memastikan ia mudah alih dengan kuasa dan boleh dipercayai.

Untuk golongan profesional, ASUS Zenbook A16 baharu menawarkan paparan 3K OLED 16-inci yang besar dalam badan yang ringan seberat 1.2kg. Dalamnya ialah pemproses 18-core Snapdragon X2 Elite Extreme, menjadikannya laptop Snapdragon terpantas dan paling berkuasa yang ada, dengan 80 TOPS NPU untuk on-device AI.

Penutup, rangka papan kekunci, dan badannya diperbuat daripada bahan Ceraluminum eksklusif ASUS untuk ketahanan dan rintangan terhadap haus, calar, dan cap jari. Zenbook A16 telah diberi penghormatan dengan anugerah inovasi CES 2026 dalam kategori Perkakasan & Komponen Komputer.

ASUS Zenbook A14 yang ultra-mudah alih ialah sebuah PC Copilot+ dengan berat di bawah 1kg dan juga dihasilkan daripada Ceraluminum. Ia menampilkan pemproses 18-core Snapdragon X2 Elite dengan 80 TOPS NPU, membolehkan multitasking AI dan pengalaman PC Copilot+.

Ia menjanjikan hayat bateri sehingga 35 jam untuk main balik video luar talian.

ASUS juga memperkenalkan V400 AiO, PC Copilot+ all-in-one pertama di dunia yang dikuasakan oleh pemproses Snapdragon X. Reka bentuknya yang ultra-ramping menempatkan paparan Full HD 24-inci dengan sudut pandangan yang luas dan skrin sentuh pilihan.

Peranti ini memberikan prestasi yang senyap dan efisien untuk multitasking dan ciri AI Copilot penuh dengan pecutan pada peranti 45 TOPS, dilengkapi dengan dwi-pembesar suara Dolby Atmos 3-watt.

Akhir sekali, barisan ASUS V Series Home Desktop baharu dengan estetika reka bentuk moden dengan prestasi berkuasa. Dengan tekstur semula jadi dan pencahayaan lembut, desktop ini direka untuk disesuaikan dengan ruang kediaman kontemporari.

Ia menggunakan pemproses Intel atau AMD Ryzen terkini, termasuk NPU Ryzen AI 7 yang memberikan lebih 50 TOPS untuk pengalaman Copilot+, dan boleh dikonfigurasikan dengan sehingga dwi-GPU NVIDIA GeForce RTX 5060.

Creator AI

Sorotan inisiatif ini ialah ProArt GoPro Edition, sebuah kit mudah alih yang lahir daripada kolaborasi dengan GoPro.

Komputer riba boleh tukar 13-inci yang lasak ini dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI Max+ 395 dan unified memory sehingga 128GB, membolehkan penyuntingan video masa nyata yang lancar dan aliran kerja multi-layer.

Ia menampilkan GoPro Hotkey khusus untuk akses segera ke GoPro Cloud dan Player, serta berintegrasi dengan StoryCube, aplikasi Windows pertama yang menguruskan kedua-dua media GoPro Cloud dan video 360°.

Peranti seberat 1.39kg ini termasuk skrin sentuh 3K ASUS Lumina OLED, sokongan stylus, dan ASUS DialPad untuk kawalan yang tepat. Ia juga disertakan dengan langganan GoPro Premium+ selama 12 bulan. ProArt GoPro Edition telah menerima anugerah inovasi CES 2026 dalam kategori Perkakasan & Komponen Komputer.

ASUS ProArt PZ14 merupakan tablet pencipta paling berkuasa dari ASUS. Ia menggunakan pemproses 18-core Snapdragon X2 Elite, menyediakan sehingga 80 TOPS pemprosesan AI untuk tugas-tugas yang mencabar. Paparan ASUS Lumina Pro OLEDnya memastikan visual yang bertenaga dan mesra mata.

Ditempatkan dalam unibody aluminium 9mm dimesin-CNC yang tahan lasak, ia diuji mengikut piawaian U.S. MIL-STD-810H dan mempunyai penarafan IP52 untuk perlindungan percikan air dan habuk.

Untuk melengkapkan ekosistem, ASUS memperkenalkan Aksesori ProArt baharu. ProArt Backpack adalah tahan lasak dan bergaya, ProArt Mouse menawarkan ketepatan dengan butang boleh tukar dan sensor 8000 DPI, manakala ProArt Keyboard yang nipis menampilkan kawalan yang boleh disesuaikan dan pengalaman menaip yang selesa.

Workspace AI

ASUS meningkatkan produktiviti dan keselamatan profesional melalui Workspace AI, yang menggabungkan Cloud AI dan On-Premises AI. Asasnya ialah ASUS MyExpert2, platform AI semua-dalam-satu yang menyatukan ciri-ciri seperti AI Chat, Knowledge Hub, AI Writer, dan AI ExpertMeet untuk menyelaraskan tugas harian.

ASUS ExpertBook Ultra menetapkan penanda aras baharu untuk laptop PC Copilot+ profesional. Dengan berat serendah 0.99kg dan setebal 10.9mm, casis aloi magnesium-aluminiumnya adalah ringan dan tahan lasak.

Ia dikuasakan oleh pemproses sehingga Intel Core Ultra X9 Series 3 dengan sehingga 50 NPU TOPS, dipertingkatkan oleh Microsoft Copilot+ dan ASUS MyExpert untuk aliran kerja AI yang dipercepatkan.

Laptop ini mempunyai sistem penyejukan canggih, skrin sentuh 3K Tandem OLED, audio Dolby Atmos enam-pembesar suara, dan keselamatan gred perusahaan dengan ASUS ExpertGuardian.

Untuk pecutan AI segera pada mana-mana peranti, ASUS melancarkan UGen300 USB AI Accelerator. Dikuasakan oleh pemproses Hailo-10H dengan 40 TOPS pecutan AI, peranti plug-and-play ini mengubah stesen kerja untuk tugas AI generatif edge tanpa memperlahankan komputer hos.

ASUS NUC 16 Pro Mini PC direka untuk pembangunan AI. Ia menampilkan pemproses sehingga Intel Core Ultra X9 Series 3 dan menyokong latihan tempatan Large Language Models dengan ASUS AI SuperBuild, memastikan data sensitif selamat.

Dengan WiFi 7, Bluetooth 6, dan sokongan untuk empat paparan 4K, ia dibina untuk tempat kerja moden yang terhubung.

Akhir sekali, PC mini ASUS ExpertCenter PN55 direka untuk beban kerja perusahaan dan industri mencabar. Dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI 400 Series dengan NPU AMD XDNA2 yang memberikan sehingga 55 TOPS, ia menawarkan peningkatan 10% dalam kuasa AI berbanding generasi sebelumnya.

Casis 0.6 liternya termasuk dwi-port 2.5G LAN, enam port USB, WiFi 7, dan sokongan untuk empat paparan 4K serentak.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: AsusCES 2026
ShareTweetSend
Previous Post

Produk Terbaru ASUS ROG Di CES 2026 – Laptop Kuasa AI, Desktop Holografik & Kerjasama Bersama Kojima Productions!

Next Post

Teaser Avengers: Doomsday Dedahkan Kemunculan Sulung X-Men!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!
Promosi

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!

June 5, 2026
Next Post
Teaser Avengers: Doomsday Dedahkan Kemunculan Sulung X-Men!

Teaser Avengers: Doomsday Dedahkan Kemunculan Sulung X-Men!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd