Setelah sekian lama menyepi sehingga ramai yang tertanya-tanya tentang nasib adaptasi anime Genshin Impact, seorang pembangun telah mengesahkan bahawa projek tersebut masih berjalan lancar dan sedang diteruskan.
Maklumat tersebut diumumkan semasa acara Genshin FES 2026 di Shanghai baru-baru ini. Aquaria, seorang combat designer untuk game tersebut, memberikan komen mengenai anime yang telah lama ditunggu-tunggu itu, dengan menyatakan bahawa projek tersebut masih mengikut rancangan.
“Jangan risau, ia sedang diusahakan,” kata Aquaria semasa siaran langsung dari acara itu. “Tiada sebarang isu yang tidak dijangka, tiada masalah kestabilan, semuanya berjalan dengan lancar.”
Berita ini sekaligus menjawab spekulasi di kalangan peminat bahawa projek anime Genshin Impact mungkin telah dibatalkan secara senyap. Projek ini merupakan kerjasama dengan Ufotable, studio animasi di sebalik anime popular Demon Slayer, dan pertama kali diumumkan pada September 2022 dengan sebuah concept trailer.
Namun, penantian selama hampir empat tahun tanpa maklumat telah menimbulkan kebimbangan, terutamanya kerana Ufotable sedang menggalas tugas untuk mengadaptasi filem “Infinity Castle.”
Sejak dari awal lagi, projek ini telah dilabelkan sebagai sebuah “projek jangka panjang” oleh HoYoverse.
Aquaria menekankan semula perkara ini dan menjelaskan bahawa HoYoverse sedang mengendalikan projek anime ini dengan pendekatan teliti yang sama seperti kandungan dalam game mereka, dan meminta para peminat agar tidak bimbang.









Discussion about this post