Diumumkan hari ini, Cubinet Interactive akan menjadi pengedar rasmi pemainan mobile Naruto: Slugfest! Game tersebut adalah 3D Open World Action MMORPG pertama di dunia mobile game Naruto dan sudah dilancarkan untuk Alpha Test pada April 2019.
Cubinet Interactive ditubuhkan pada tahun 2006 dan telah menerbitkan lebih daripada 40 game PC dan Mobile termasuk Perfect World, Celestial Destroyer, Forsaken World, Battle of Immortals, Yulgang 2 dan 9 Yin antara lain-lain. Dengan lebih daripada 12 tahun dalam industri, Cubinet Interactive tetap menjadi salah satu penerbit permainan yang paling lama dalam hiburan digital di Asia Tenggara dan kini telah meluaskan penerbitan di negara dan rantau lain seperti Amerika Syarikat, Rusia, Australia, New Zealand, Turki dan Timur Tengah serta mengumpul berjuta-juta muat turun. Cubinet Interactive mempunyai pejabat utama yang terletak di Malaysia, Singapura, Filipina, Thailand, Taiwan dan Hong Kong.
Apa yang menonjol tentang Naruto: Slugfest adalah permainan ini secara rasmi dilesenkan, dan ia
menjanjikan adaptasi sebenar siri Naruto Shippuden yang peminat di seluruh dunia jatuh cinta!
Naruto adalah francais popular di seluruh dunia yang berusia 20 tahun dengan fanbase berjuta-juta orang, malah mungkin ber-billion.
@gamersantaimy
Discussion about this post