Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

‘Dataminer’ Jumpa Bukti Monster Hunter Wilds Untuk Nintendo Switch 2!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 30, 2025
in Action, Artikel, Berita, Khabar angin, MHWilds, Nintendo Switch 2, Open World, RPG
0 0
0
‘Dataminer’ Jumpa Bukti Monster Hunter Wilds Untuk Nintendo Switch 2!
Share on FacebookShare on Twitter

Penemuan daripada aktiviti datamine pada kemas kini terbaharu “Monster Hunter Wilds” telah menimbulkan spekulasi bahawa game itu mungkin akan dilancarkan untuk konsol Nintendo Switch 2.

Spekulasi ini timbul selepas penemuan beberapa kod yang mengandungi rujukan kepada “NSW2” dan “upgrade edition”, yang seakan-akan memberi isyarat bahawa judul itu berpotensi untuk dikeluarkan pada konsol terbaharu Nintendo.

Sebagai kesinambungan kepada game popular “Monster Hunter: World”, Monster Hunter Wilds telah dilancarkan di platform PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC sejak 28 Februari 2025.

Sejak pelancarannya, Capcom telah berusaha secara konsisten untuk menambah baik game ini melalui beberapa Title Updale, di mana kemas kini yang terbaharu, iaitu Title Update 4, dilancarkan pada 16 Disember 2025.

Melalui fail kemas kini inilah para dataminer menemui kod-kod yang menarik perhatian tersebut. Menurut laporan daripada Reddit, ada sekurang-kurangnya dua baris kod yang mempunyai istilah “NSW2,” yang dipercayai sebagai singkatan untuk Nintendo Switch 2.

Selain itu, kod itu juga mengandungi frasa “upgrade edition,” yang boleh ditafsirkan sebagai versi Switch 2 yang akan merangkumi kesemua kandungan tambahan selepas pelancaran serta segala peningkatan prestasi yang telah dikeluarkan.

Potential new info on T. Gog. + Possible switch 2 upgrade?
byu/STRCoolerSimp inmonsterhunterleaks

Sokongan Capcom terhadap Nintendo Switch 2, yang mula berada di pasaran pada Jun 2025, sememangnya amat jelas.

Syarikat ini telah pun mengesahkan beberapa projek besar untuk konsol itu, antaranya “Resident Evil Requiem”, judul IP baharu berjudul “Pragmata”, serta siri spin-off terbaharu “Monster Hunter” iaitu “Monster Hunter Stories 3: Twisted Reflection” yang dirancang untuk pelancaran pada bulan Mac 2026.

Malah, para pembangun di Capcom sendiri telah memberikan maklum balas yang memberangsangkan tentang proses pembangunan game untuk Switch 2. Ketika berbincang mengenai pelancaran tiga game “Resident Evil” di konsol itu, produser Masato Kumazawa berkongsi bahawa prosesnya berjalan dengan amat lancar.

Beliau turut menekankan bahawa prestasi “Resident Evil Village” yang hebat pada perkakasan baharu itu telah meningkatkan keyakinan pasukan mereka. Pengalaman positif ini semestinya memberi harapan cerah kepada port “Monster Hunter Wilds”.

Walau bagaimanapun, Capcom masih belum membuat sebarang pengesahan rasmi mengenai “Monster Hunter Wilds” versi Nintendo Switch 2. Sekiranya port ini menjadi kenyataan, tarikh pelancarannya juga masih menjadi tanda tanya.

Oleh itu, para peminat siri ini perlu bersabar menanti sebarang pengumuman rasmi untuk mendapatkan maklumat yang sahih.

Tags: Monster Hunter WildsNintendo Switch 2
ShareTweetSend
Previous Post

Sword and Fairy 4 Diberi Nafas Baharu Dengan ‘Remake’ Moden; Kali Pertama Disediakan Untuk Pasaran Global

Next Post

[UPDATE] Inilah 21 Watak Paling Disayangi Menurut Undian Populariti Global Dragon Ball!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
[UPDATE] Inilah 21 Watak Paling Disayangi Menurut Undian Populariti Global Dragon Ball!

[UPDATE] Inilah 21 Watak Paling Disayangi Menurut Undian Populariti Global Dragon Ball!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd