Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

DLC Percuma Bawa Watak Ikonik NiGHTS Ke Sonic Racing: CrossWorlds!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 23, 2025
in Artikel, Berita, DLC, Epic Store, Nintendo Switch, Nintendo Switch 2, PC, PS4, PS5, Steam, Sukan/lumba, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
DLC Percuma Bawa Watak Ikonik NiGHTS Ke Sonic Racing: CrossWorlds!
Share on FacebookShare on Twitter

SEGA baru sahaja mengumumkan kandungan tambahan untuk Sonic Racing: CrossWorlds dengan memperkenalkan pek DLC baharu bertema watak “NiGHTS.” DLC ini bakal menemui pemain pada 25 Disember nanti.

Melalui kemas kini yang boleh dimuat turun secara percuma ini, watak ikonik NiGHTS yang cukup dikenali pada zaman SEGA Saturn (asalnya muncul dalam game NiGHTS into Dreams pada 1996) akan diperkenalkan sebagai seorang pelumba baharu yang boleh dimainkan.

Untuk pengetahuan, NiGHTS merupakan watak ciptaan Wizeman the Wicked yang durjana, namun telah berpaling tadah daripada tuannya demi memelihara keamanan dunia mimpi.

Berikut adalah kandungan yang ditawarkan dalam pek “NiGHTS Content Drop”:

  • NiGHTS sebagai watak yang boleh dimainkan
  • Kenderaan ikoniknya, Dream Sleeper
  • Himpunan emote dan efek bunyi yang unik, khas untuk menyerlahkan lagi keperibadian watak ini sewaktu perlumbaan

Pek kandungan ini boleh didapati secara percuma oleh semua pemilik Sonic Racing: CrossWorlds, tidak mengira sama ada mereka memiliki edisi Standard ataupun edisi Digital Deluxe. Pemain hanya perlu memastikan game mereka telah dikemas kini kepada versi yang paling terkini untuk mendapatkan akses kepada pelumba baharu ini.

Sejak pelancarannya pada 25 September 2025, Sonic Racing: CrossWorlds telah menerima sambutan yang positif. Game ini memperkenalkan satu mekanik perlumbaan yang unik, iaitu “CrossWorld”, di mana mana para pelumba boleh merentasi pelbagai dimensi berbeza melalui gelung cincin gergasi yang muncul di pertengahan litar.

Judul ini sememangnya sudah sedia padat dengan barisan watak yang pelbagai dari segenap pelosok alam semesta SEGA, dan telah pun menerima beberapa kolaborasi tambahan sebelum ini.

Antara watak-watak lain yang turut diumumkan bakal menyertai game ini secara percuma termasuklah AiAi dari Super Monkey Ball, serta Tangle dan Whisper dari siri komik Sonic the Hedgehog terbitan IDW.

Sonic Racing: CrossWorlds kini boleh didapati di platform PlayStation 5, Xbox Series X|S, Switch 2, PlayStation 4, Xbox One, Switch, dan juga PC melalui Steam serta Epic Games Store.

Tags: DLCSonic Racing: CrossWorlds
ShareTweetSend
Previous Post

Neverness to Everness Buka Pendaftaran untuk Beta Tertutup Pelbagai Platform, “Co-Ex Test!”

Next Post

Musim Baharu Anime Chainsaw Man Dalam Produksi, Akan Diteruskan Dengan “Assassins Arc”

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Musim Baharu Anime Chainsaw Man Dalam Produksi, Akan Diteruskan Dengan “Assassins Arc”

Musim Baharu Anime Chainsaw Man Dalam Produksi, Akan Diteruskan Dengan "Assassins Arc"

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd