Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Selepas Kejayaan Di PS5 & PC, Dispatch Bakal Tersedia Untuk Pemain Nintendo Pada Jan 2026!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 18, 2025
in Adventure, Artikel, Berita, Nintendo Switch, Nintendo Switch 2, Visual Novel
0 0
0
Selepas Kejayaan Di PS5 & PC, Dispatch Bakal Tersedia Untuk Pemain Nintendo Pada Jan 2026!
Share on FacebookShare on Twitter

AdHoc Studio telah mengesahkan bahawa game komedi adiwira mereka yang mendapat pujian ramai, Dispatch, bakal dilancarkan untuk platform Nintendo Switch dan juga Switch 2 pada 29 Januari 2026. Para gamer Malaysia kini boleh membuat pra-pesanan melalui Nintendo eShop dengan harga RM61.20.

Dispatch is coming to Nintendo Switch (w/ free upgrade to Switch 2) on January 28!

📝 Pre-order now on the Nintendo eShop and get 10% off!
🎮 https://t.co/o3NMm7YIMu pic.twitter.com/5IFsxN6YBN

— AdHoc Studio – Dispatch OUT NOW! (@theAdHocStudio) December 17, 2025

Dispatch sebelum ini telah dilancarkan di PlayStation 5 dan PC melalui Steam pada 22 Oktober 2025 dan menamatkan musim pertamanya pada 12 November. Sejak pelancarannya, game ini telah mencapai kejayaan yang amat memberangsangkan, dengan jualan melebihi sejuta unit dalam tempoh 10 hari pertama dan seterusnya melepasi angka dua juta unit dalam bulan sulungnya.

Game ini merupakan hasil karya AdHoc Studio, sebuah studio yang dianggotai oleh pembangun-pembangun berpengalaman dari Telltale Games, Ubisoft, dan Night School Studio. Mereka sebelum ini terkenal dengan sumbangan mereka dalam pembangunan judul-judul ikonik seperti Tales from the Borderlands dan The Wolf Among Us.

Dengan latar belakang di bandar Los Angeles pada era moden, Dispatch meletakkan pemain sebagai Robert Robertson, seorang adiwira hebat yang pernah dikenali sebagai Mecha Man. Nasibnya berubah apabila sut-meka miliknya hancur ketika bertarung dengan musuh utamanya. Akibatnya, Robert terpaksa mengambil peranan yang jauh kurang glamor, iaitu sebagai seorang dispatcher di sebuah pusat panggilan untuk adiwira.

Dalam game ini, pemain akan ditugaskan untuk mengurus sebuah roster yang terdiri daripada bekas-bekas supervillain yang sedang dalam proses untuk menjadi baik. Gameplay merupakan campuran elemen pilihan naratif, pembuatan keputusan berstrategi, serta selok-belok politik. Setiap tindakan yang diambil, sama ada gurauan santai di bilik rehat atau keputusan hidup-mati ketika menghantar wira ke lokasi kecemasan, akan memberi kesan kepada hubungan watak, kesetiaan mereka, dan akhirnya membentuk perjalanan cerita serta usaha anda untuk membalas dendam.

Dispatch turut diperkuatkan dengan barisan pelakon suara yang hebat. Ia menampilkan nama-nama besar dari Hollywood, pelakon suara profesional, serta para pencipta kandungan yang amat dikenali oleh audiens di Malaysia. Antara yang terlibat adalah:

  • Aaron Paul (Breaking Bad, Westworld) yang memegang watak utama, Robert Robertson / Mecha Man.
  • Jeffrey Wright (The Batman, American Fiction) sebagai watak Chase.
  • Laura Bailey (The Last of Us Part II, Critical Role), nama yang tidak asing lagi dalam industri gaming.
  • Matthew Mercer (Critical Role, Overwatch), seorang lagi ikon dalam dunia lakonan suara.
  • YouTuber terkenal Jacksepticeye (Seán McLoughlin) dan MoistCr1TiKaL (Charles White).
  • Turut serta ialah Erin Yvette (Hades II), Travis Willingham (Critical Role), dan Alanah Pearce (Cyberpunk 2077).

Tags: Dispatch
ShareTweetSend
Previous Post

Game Rasmi FIFA Akan Kembali Tahun Depan, Eksklusif Di Netflix!

Next Post

Nvidia Dilaporkan Kurangkan Produksi GPU Siri RTX 50, Para Gamer Malaysia Mungkin Terkesan

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Nvidia Dilaporkan Kurangkan Produksi GPU Siri RTX 50, Para Gamer Malaysia Mungkin Terkesan

Nvidia Dilaporkan Kurangkan Produksi GPU Siri RTX 50, Para Gamer Malaysia Mungkin Terkesan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd