Clair Obscur: Expedition 33, menjadi juara mutlak di The Game Awards 2025, dengan membawa pulang anugerah Game of the Year 2025. Sebagai game pertama daripada developer Sandfall Interactive, ia mendominasi malam anugerah tersebut, dengan memenangi sembilan anugerah dan mengukuhkan kedudukannya sebagai satu pencapaian bersejarah dalam dunia gaming.
Kejayaan besar game ini telahpun terserlah melalui rekod 13 pencalonan sebelum acara anugerah bermula. Pada akhir malam tersebut, Sandfall Interactive berjaya memperoleh sembilan kemenangan, sekali gus mencipta rekod baharu untuk anugerah paling banyak yang pernah dimenangi oleh sebuah game di The Game Awards. Rekod sebelum ini dipegang oleh The Last of Us Part II, yang memenangi tujuh anugerah pada tahun 2020.
Selain hadiah utama, Clair Obscur turut memenangi kategori Best Game Direction, Best Narrative, dan Best Art Direction. Score uniknya, yang digubah oleh Lorien Testard, memenangi anugerah untuk Best Score and Music, manakala persembahan mantap Jennifer English yang memegang watak penting membolehkannya memenangi anugerah Best Performance. Game ini juga diiktiraf sebagai Best Indie Game, Best Debut Indie Game, dan Best RPG.
Satu-satunya kategori yang dicalonkan tetapi tidak dimenangi ialah Best Audio Design, yang diberikan kepada Battlefield 6, dan anugerah undian pemain, Players’ Voice, yang dimenangi oleh action RPG popular, Wuthering Waves. Dominasi Clair Obscur: Expedition 33 begitu ketara sehingga tiada game lain yang berjaya memenangi lebih daripada satu anugerah.
Berikut adalah senarai penuh pemenang dari The Game Awards 2025:
GAME OF THE YEAR – Clair Obscur: Expedition 33 (Sandfall Interactive/Kepler Interactive)
Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran.
Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana.
Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!
Discussion about this post