Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Monster Hunter Wilds Title Update 4 Akan Datang 16 Disember – Menambah Gogmazios, Arch-Tempered Baharu & Banyak Lagi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 11, 2025
in Action, Artikel, Berita, MHWilds, Open World, PC, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Monster Hunter Wilds Title Update 4 Akan Datang 16 Disember – Menambah Gogmazios, Arch-Tempered Baharu & Banyak Lagi!
Share on FacebookShare on Twitter

Elder Dragon gergasi, Gogmazios, kembali dengan megah ke Monster Hunter, dengan menjadi tumpuan utama dalam content update terbaharu Monster Hunter Wilds yang akan dilancarkan pada 16 Disember. Hari ini, Capcom telah secara rasmi mendedahkan maklumat untuk Monster Hunter Wilds Title Update 4, yang turut memperkenalkan cabaran baharu dalam bentuk Arch-Tempered Jin Dahaad, di samping peningkatan pada kandungan endgame dan seasonal event.

Tumpuan utama kemas kini ini ialah Elder Dragon yang menggerunkan, Gogmazios. Para pemain yang telah menyelesaikan main story mission “A First Cry” akan berpeluang untuk berhadapan dengan raksasa gergasi ini. Dalam satu special quest, sehingga empat orang pemain boleh bergabung tenaga dengan support hunter, termasuk Nadia yang baru diperkenalkan, untuk membentuk sebuah party seramai lapan orang bagi menumpaskan ancaman besar ini. Kejayaan menyelesaikan Gogmazios Extra Mission akan membuka event quest permanen, membolehkan pemain untuk farming monster tersebut bagi mendapatkan bahan yang berharga.

Bahan ini amat penting untuk “Gogma Artian Weapons” yang baru diperkenalkan. Pemain boleh menaik taraf Rarity 8 Artian Weapon mereka, yang akan mengekalkan ‘reinforcement bonus’ sedia ada sambil memperoleh satu bonus skill dan satu group skill secara rawak. Bagi mereka yang inginkan roll yang cantik, sistem “Gogma Reinforce” akan membenarkan penggunaan bahan Gogmazios untuk reset skil ini.

Bagi menguatkan lagi para pemain, sistem “Armor Transcendence” akan ditambah untuk mereka yang telah mencapai HR 100+. Ciri baharu ini membolehkan armor dinaik taraf dengan lebih lanjut dengan meningkatkan had ke atas penaiktarafan Armor Sphere dan menguatkan ‘decoration slot’ untuk armor rarity 5 dan 6.

Cabaran Arch-Tempered Baharu dan Ciri-Ciri Tambahan

Kemas kini ini juga akan menguji kehebatan pemain yang paling berpengalaman dengan kedatangan Arch-Tempered Jin Dahaad. Raksasa ini akan tersedia dalam event quest kekal bermula 24 Disember 2025, dengan free challenge quest tambahan tersedia untuk masa terhad dari 7 Januari 2026.

Untuk membantu dalam pemburuan yang sukar ini, Support Hunter baharu akan tersedia. Nadia, yang menggunakan light bowgun, akan memberikan sokongan penting dalam pertarungan menentang Gogmazios. Selain itu, Griffin (great sword) dari Ferrum Unit dan Nightmist (light bowgun) dari Aurora Unit juga boleh direkrut untuk menyertai pertempuran.

Monster Hunter Wilds Title Update 4 turut membawakan pelbagai quest baharu, termasuk ‘high-difficulty optional quest’ yang menampilkan beberapa raksasa 9★, yang akan memberi ganjaran berupa ‘special nameplate’ kepada kumpulan pemain yang berjaya. Para pemain juga boleh mengasah kemahiran mereka dalam Hunting Exercise baharu menentang ‘tempered 9★ monster’.

Keraian Musim Sejuk dan DLC Baharu

Dari 19 Disember 2025 hingga 14 Januari 2026, Grand Hub akan diubah suai untuk seasonal event “Festival of Accord: Lumenhymn”. Festival musim sejuk ini akan menampilkan suasana perayaan yang meriah, hidangan istimewa, special equipment, gesture baharu, dan hiasan khemah. Selain pelbagai login bonus dan event quest masa terhad, ahli Guild iaitu Fabius dan Nadia juga akan tersedia sebagai support hunter sepanjang tempoh acara ini.

Akhir sekali, gabungan DLC percuma dan berbayar akan dikeluarkan. Semua pemain akan menerima empat Photo Pose percuma dari game dajulu dan satu Character & Palico Edit Voucher percuma. Bagi mereka yang ingin menyesuaikan penampilan watak mereka, “Cosmetic DLC Pack 4” berbayar akan menawarkan layered weapon baharu untuk setiap jenis senjata.

Monster Hunter Wilds kini tersedia untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam.

Tags: Monster Hunter Wilds
ShareTweetSend
Previous Post

Tiada Lagi Game Modern Warfare & Black Ops Secara Berturut-turut Tiap Tahun Gara-gara ‘Black Ops 7’

Next Post

Monster Hunter Stories 3 – Gameplay Baharu Fokus Pada Spesis Terancam, Raksasa Invasif & Pemulihan Habitat

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Monster Hunter Stories 3 – Gameplay Baharu Fokus Pada Spesis Terancam, Raksasa Invasif & Pemulihan Habitat

Monster Hunter Stories 3 - Gameplay Baharu Fokus Pada Spesis Terancam, Raksasa Invasif & Pemulihan Habitat

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd