Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

FIFAe World Cup 2025 Bakal Berlangsung Di Riyadh, Konami Jalin Kerjasama Dengan Konfederasi Bola Sepak Afrika

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 4, 2025
in Acara, Artikel, Berita, Esports, Kejohanan esports, Sukan/lumba
0 0
0
FIFAe World Cup 2025 Bakal Berlangsung Di Riyadh, Konami Jalin Kerjasama Dengan Konfederasi Bola Sepak Afrika
Share on FacebookShare on Twitter

Pentas e-sukan antarabangsa akan beralih ke Riyadh, Arab Saudi, berikutan pengumuman oleh Konami Digital Entertainment Limited mengenai penganjuran FIFAe World Cup 2025 yang menampilkan game popularnya, eFootball. Kejohanan ini dijadualkan bermula pada 10 Disember.

Pada masa yang sama, satu lagi perkembangan besar turut diumumkan iaitu jalinan kerjasama antara Konami dengan Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF), yang bakal membuka lembaran baharu bagi bola sepak Afrika dalam arena permainan video.

Untuk edisi keduanya, FIFAe World Cup bakal menampilkan pertembungan antara wakil-wakil dari 12 negara yang telah berjaya melepasi pusingan kelayakan peringkat serantau untuk merebut gelaran juara.

Pusingan kelayakan tahun ini menyaksikan penyertaan memecah rekod seramai 16.51 juta peserta yang datang dari 90 buah negara dan wilayah. Dianjurkan secara bersama oleh Konami dan FIFA, kejohanan ini akan dilangsungkan sebagai acara fizikal di Riyadh dan turut boleh ditonton secara siaran langsung di seluruh dunia.

Persaingan dijangka sengit dalam dua divisyen yang dipertandingkan: divisyen konsol akan menggunakan format 2 lawan 2 dengan setiap pasukan diwakili tiga pemain, manakala divisyen mobile pula akan menggunakan format 1 lawan 1.

Kedua-dua divisyen ini akan disertai oleh pemain-pemain dari 12 negara yang layak, di mana mereka akan bersaing dalam peringkat kumpulan terlebih dahulu sebelum melangkah ke pusingan kalah mati untuk menentukan siapa yang bakal bergelar juara.

Sambutan Dalam Game dan Pengenalan Ciri-Ciri Terbaharu eFootball

Bagi memeriahkan lagi kejohanan ini, para pemain eFootball berpeluang untuk menyertai kempen istimewa dalam game yang berlangsung dari 4 hingga 18 Disember.

Pengguna yang log masuk akan dihadiahkan dengan barangan istimewa secara percuma dan turut akan menerima satu ‘player item’ setiap hari daripada satu senarai khas yang telah disediakan.

Di samping itu, satu acara baharu iaitu Squad Challenge Event akan membolehkan pemain mendapatkan pelbagai item dengan melengkapkan cabaran-cabaran yang mempunyai syarat-syarat tertentu.

Selari dengan penganjuran kejohanan ini, satu kemas kini besar telah dilancarkan untuk game tersebut, memperkenalkan beberapa ciri baharu serta penambahbaikan pada mekanik gameplay.

Salah satu ciri utama yang ditambah ialah “Advice”, di mana pemain dan jurulatih dalam game akan menyediakan panduan secara langsung berdasarkan corak permainan pengguna untuk membantu mereka menambah baik taktik.

Ada juga ciri inovatif lain yang dinamakan “Analysis”, yang akan mengumpul dan menganalisis prestasi 10 perlawanan PvP terkini pengguna, lalu memaparkan gaya permainan mereka dalam bentuk visual berbanding pemain-pemain dari divisyen atasan.

Kemas kini ini turut memperkenalkan ciri “Link-Up Play” khas untuk pemain legenda, Ronald Koeman. Ciri ini berupaya mempertingkatkan keberkesanan serangan apabila pemain-pemain tertentu seperti “Epic: David Beckham” dan “Epic: Jan Koller” (boleh didapati dari 4 hingga 11 Disember) berada di atas padang.

Penambahbaikan lain termasuklah fungsi “Auto-Control” yang membenarkan AI untuk mengawal permainan apabila pengguna tidak aktif, penyesuaian pada kelajuan dan pecutan pemain bagi menghasilkan pengalaman yang lebih seimbang, serta penambahbaikan pada parameter “Defensive Awareness”.

Para peminat e-sukan yang mengikuti siaran langsung kejohanan ini juga berpeluang menerima ganjaran lumayan. Penonton bagi divisyen konsol dan mobile akan dihadiahkan 500 eFootball Point bagi setiap tiga hari pertama siaran, dan tambahan 1,000 eFootball Point lagi apabila menonton perlawanan akhir pada hari keempat.

Ini membolehkan penonton mengumpul sehingga 2,500 Point bagi setiap divisyen.

Konami dan CAF Menandakan Kerjasama Baharu

Dalam satu inisiatif yang akan memperkasakan bola sepak Afrika dalam industri gaming, Konami telah mengesahkan satu perjanjian kerjasama dengan Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF).

Sebagai badan induk yang mengawal selia bola sepak di 56 negara dan wilayah di Afrika, CAF merupakan penganjur kejohanan-kejohanan berprestij, termasuk Piala Negara-Negara Afrika.

The game just got a whole lot more African.

Total Energies CAF Africa Cup of Nations, Morocco 2025, comes to eFootball™

To celebrate, a special event for the CAF Africa Cup of Nations will launch on December 11th 🔥

Stay tuned!#TotalEnergiesAFCON2025 | @play_eFootball pic.twitter.com/pLQfS3rWga

— eFootball (@play_eFootball) December 3, 2025

Untuk meraikan kerjasama ini, satu kempen khas AFRICA CUP OF NATIONS 25 akan diadakan di dalam eFootball, yang akan menyajikan acara-acara kejohanan serta penampilan pemain-pemain bintang dari benua Afrika.

Tags: FIFAe World Cup 2025
ShareTweetSend
Previous Post

Grand Theft Auto: San Andreas – Panduan Setiap Cheat Code Untuk Setiap Platform!

Next Post

Reviu Five Nights at Freddy’s 2 – Lebih Banyak Animatronik, Kurang Keganasan

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Reviu Five Nights at Freddy’s 2 – Lebih Banyak Animatronik, Kurang Keganasan

Reviu Five Nights at Freddy’s 2 - Lebih Banyak Animatronik, Kurang Keganasan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd