Walaupun ramai peminat di seluruh dunia mengharapkan agar game ini dilancarkan secara antarabangsa, malangnya “Digimon: Source Code” buatan China tidak mampu bertahan dan akan menamatkan operasinya tidak lama lagi.
Pihak pembangun telah mengesahkan bahawa perkhidmatan game ini akan dihentikan sepenuhnya pada 26 Januari 2026, sekaligus mengakhiri perjalanannya lebih awal sebelum ia sempat dikeluarkan untuk pasaran global.

Bermula pada 26 November 2025, game ini akan dialih keluar daripada semua platform digital. Selepas tarikh itu, pemain tidak lagi boleh memuat turun game, mendaftar akaun baharu, mencipta watak, atau membuat sebarang transaksi pembelian. Dua bulan selepas itu, server permainan akan ditutup buat selamanya.

Dari segi gameplay, “Digimon: Source Code” menawarkan kualiti grafik yang hebat dengan penggunaan teknologi PBR bagi memaparkan lebih 300 Digimon secara realistik.
Game ini menggabungkan elemen RPG klasik dengan sistem combat mengikut giliran, serta menyediakan sebuah dunia terbuka untuk diterokai dengan sistem cuaca dan musim yang sentiasa berubah.
Antara tarikan utamanya adalah sistem evolusi yang memberi pelbagai pilihan kepada pemain untuk menentukan hala tuju perkembangan Digimon mereka.
Selain itu, ia turut memperkenalkan “mekanisme baharu” untuk menambah strategi dalam combat, di samping mod pertarungan bos bersama rakan dan aktiviti sampingan seperti memancing dan mengumpul bahan.
Perjalanan game ini sebenarnya agak berliku. Setelah pertama kali diumumkan pada penghujung 2021, ia tiba-tiba lenyap dari media sosial dan internet, menimbulkan spekulasi bahawa projek itu telah dibatalkan.
Walau bagaimanapun, pada pertengahan 2024, ia kembali dengan pelbagai kemas kini, video baharu, dan sesi pendaftaran beta, sebelum akhirnya dilancarkan secara rasmi pada awal tahun ini.
Keputusan untuk menamatkannya dipercayai berpunca daripada kesukarannya untuk bersaing dalam pasaran yang telah tepu dengan game mobile hebat lain.









Discussion about this post