Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pokémon Pokopia Dedahkan Gameplay Unik & Pokémon Baharu Lagi Misteri!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 14, 2025
in Artikel, Berita, Nintendo Switch 2, Simulator
0 0
0
Pokémon Pokopia Dedahkan Gameplay Unik & Pokémon Baharu Lagi Misteri!
Share on FacebookShare on Twitter

The Pokémon Company, dengan kerjasama pembangun Game Freak dan Koei Tecmo, telah mengeluarkan trailer gameplay 10 minit untuk game life simulation akan datang, Pokémon Pokopia.

Gameplay baharu itu memperkenalkan pemain kepada dunia pembinaan bandar, transformasi Pokémon yang unik, dan varian baharu misteri bagi Pokémon yang dikenali.

Kisah bermula di sebuah pekan terbiar yang dahulunya menjadi kediaman manusia dan Pokémon, kini telah usang dan tidak berpenghuni. Pemain akan mengawal seekor Ditto yang bangun dari tidur yang lama dan mengambil rupa manusia.

Dalam perjalanan, ia bertemu dengan Professor Tangrowth, seekor Pokémon ganjil yang hidup bersendirian dan menggunakan peralatan manusia.

Dengan semangat untuk memulihkan kawasan tersebut, Ditto berazam untuk membangunkan semula penempatan itu dengan mencipta pelbagai barangan serta mempelajari abiliti-abiliti baharu demi mewujudkan sebuah utopia untuk semua.

Tumpuan utama game ini adalah untuk mewujudkan persekitaran yang ideal bagi Pokémon hidup dengan selesa. Para pemain berpeluang mempelajari gerakan-gerakan klasik daripada Pokémon yang ditemui, di mana setiap gerakan ini mempunyai fungsi praktikal untuk mengubahsuai landskap.

Antara abiliti yang boleh dipelajari termasuklah Rock Smash bagi memecahkan halangan, Leafage untuk menyuburkan semula kawasan, Glide yang membolehkan kita merentasi antara puncak gunung, dan Surf untuk menyeberangi kawasan berair.

Pokémon yang mendiami kawasan itu bukan sekadar menjadi rakan sepermainan, malah mereka juga akan turut serta membantu dalam proses pembinaan rumah dan bangunan-bangunan lain.

Salah satu elemen penting dalam game ini adalah interaksi dengan Pokémon. Pemain boleh melakukan pelbagai aktiviti bersama mereka, contohnya seperti bermain lompat tali dengan Bulbasaur atau mendapatkan bantuan Charmander untuk menyalakan api.

Selain itu, Pokémon juga boleh memberikan tugasan atau permintaan kepada pemain untuk menambah baik keadaan tempat tinggal mereka. Sebahagian daripada tugasan ini adalah penting kerana ia berkait rapat dengan penyelesaian isu yang lebih besar, yang akhirnya akan menyumbang kepada kemajuan seluruh kawasan tersebut.

Game ini turut menawarkan pilihan pengubahsuaian watak yang luas. Para pemain bebas mengubah suai penampilan watak mereka, termasuk gaya rambut dan pakaian. Di samping itu, mereka juga boleh mencipta pelbagai barangan dan perabot untuk menghias rumah serta kawasan sekeliling mengikut cita rasa sendiri.

Untuk pengalaman bermain yang lebih menyeronokkan, Pokémon Pokopia menyertakan mod multiplayer yang membenarkan sehingga empat orang untuk bekerjasama membina dan meneroka dunia permainan bersama-sama.

Menambah kepada misteri bandar terbiar itu, trailer tersebut mendedahkan beberapa varian Pokémon yang aneh. Ini termasuk:

  • Professor Tangrowth: Seekor Tangrowth unik yang bertindak sebagai figura mentor.
  • Peakychu: Seekor Pikachu pucat dengan telinga terkulai dan bulu berwarna misteri.
  • Mosslax: Seekor Snorlax yang telah tidur begitu lama sehingga lumut tumbuh di seluruh badannya, dengan bunga yang mekar di atas kepalanya.
  • Smearguru: Seekor Smeargle dengan warna-warna terang terpercik di seluruh badannya, menyerupai pelukis apabila ia menggunakan ekornya sebagai berus.

Pokémon Pokopia akan dilancarkan secara eksklusif untuk Switch 2.

Tags: Pokémon Pokopia
ShareTweetSend
Previous Post

Red Dead Redemption Akan Tiba Di Konsol Terkini & Mobile Buat Kali Pertama!

Next Post

JRPG Taktikal Buatan Malaysia ‘AXERAS’ Mula Curi Tumpuan Di Steam!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
JRPG Taktikal Buatan Malaysia ‘AXERAS’ Mula Curi Tumpuan Di Steam!

JRPG Taktikal Buatan Malaysia 'AXERAS' Mula Curi Tumpuan Di Steam!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd