Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Valve Umum Steam Machine, Steam Frame & Steam Controller – Lebih Banyak Cara Untuk Gaming!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 13, 2025
in Aksesori, Artikel, Berita, PC, Teknologi, VR
0 0
0
Valve Umum Steam Machine, Steam Frame & Steam Controller – Lebih Banyak Cara Untuk Gaming!
Share on FacebookShare on Twitter

Valve secara rasminya telah mengumumkan penambahan besar kepada barisan perkakasannya dengan pengenalan Steam Machine, Steam Frame, dan Steam Controller baharu.

Ketiga-tiga peranti ini dijadualkan untuk dilancarkan pada awal 2026, dengan matlamat untuk menyediakan lebih banyak cara kepada pemain untuk menikmati pustaka Steam mereka. Malangnya, butiran harga masih belum diumumkan.

Steam Machine

Steam Machine merupakan sebuah PC berkonsepkan konsol, dicipta khusus untuk sesi gaming di ruang tamu dan membawakan prestasi luar biasa dalam saiz yang kompak. Peranti yang dimuatkan dalam casis berbentuk kubus berukuran sekitar 6 inci ini dilaporkan mempunyai kuasa pemprosesan lebih enam kali ganda berbanding Steam Deck.

Lonjakan kuasa ini, yang dijana oleh gabungan CPU AMD Zen 4 dan GPU RDNA3 yang direka khas, membolehkan pengalaman gaming pada resolusi 4K dengan kadar 60 bingkai sesaat (FPS) serta sokongan teknologi FSR.

Peranti ini akan menggunakan sistem operasi SteamOS, yang menyediakan pengalaman mengutamakan gaming dengan ciri seperti fungsi suspend/resume segera dan cloud save. Berpegang kepada prinsip Valve, para pengguna diberi kebebasan penuh untuk memuat turun perisian pilihan mereka, termasuklah memasang sistem operasi alternatif.

  • Reka Bentuk Padat: Faktor bentuknya yang kecil memudahkannya untuk diletakkan dalam mana-mana susunan.
  • Operasi Senyap dan Suhu Terkawal: Direka untuk kekal senyap dan sejuk, walaupun ketika mengendalikan game berkeperluan tinggi.
  • Sambungan yang Pelbagai: Ia dilengkapi dengan port Gigabit Ethernet, DisplayPort 1.4, HDMI 2.0, satu port USB-C, dan empat port USB-A.
  • Varian Storan: Ditawarkan dalam dua pilihan kapasiti, iaitu 512GB dan 2TB, dengan kedua-duanya menyokong penambahan storan melalui slot kad mikroSD.
  • Sumber Kuasa Dalaman: Tidak lagi memerlukan penyesuai kuasa luaran yang besar kerana ia telah terbina di dalam peranti.
  • Lampu LED Boleh Suai: Terdapat jalur LED yang boleh diubah suai untuk memaparkan status sistem seperti kemajuan muat turun.

Steam Frame

Valve turut meneroka arena realiti maya menerusi Steam Frame, sebuah headset wireless VR yang berfokuskan kepada fungsi penstriman. Peranti ini direka untuk menyokong keseluruhan koleksi game dalam pustaka Steam pengguna, sama ada judul VR ataupun game konvensional bukan VR yang boleh dinikmati pada skrin maya bersaiz gergasi.

Selain itu, ia juga boleh berfungsi secara kendiri kerana dikuasakan oleh pemproses Siri Snapdragon 8, memori 16GB RAM, dan menjalankan SteamOS.

Salah satu teknologi utamanya ialah “Foveated Streaming,” yang memanfaatkan teknologi penjejakan mata bagi memaksimumkan kualiti visual dan kecekapan lebar jalur dengan hanya me-render perincian tertinggi pada kawasan yang sedang dipandang oleh pengguna.

Ciri ini menjanjikan peningkatan kualiti pengalaman penstriman yang amat ketara.

  • Pengalaman Tanpa Wayar: Reka bentuknya yang ringan dan selesa membolehkan pergerakan bebas tanpa sebarang kekangan wayar.
  • Paparan Visual Berkualiti Tinggi: Penggunaan pancake lenses khas bersama panel LCD dwi beresolusi 2160 x 2160 menghasilkan imej yang tajam di keseluruhan paparan, dengan kadar segar semula sehingga 144Hz.
  • Sistem Penjejakan Canggih: Empat kamera beresolusi tinggi membolehkan penjejakan inside-out untuk headset dan alat kawalan, berfungsi dengan baik walaupun dalam persekitaran yang kurang cahaya.
  • Alat Kawalan Serba Guna: Alat kawalan yang didatangkan mempunyai susun atur gamepad terpisah, menjadikannya ideal untuk kedua-dua jenis game VR dan tradisional. Ia juga mempunyai ciri pengesanan jari kapasitif serta butang-butang lazim seperti D-pad, ABXY, dan thumbstick.
  • Fungsi Kendiri: Sebilangan besar game akan melalui proses pengesahan “Steam Frame Verified” untuk memastikan ia boleh dimainkan terus pada headset tanpa memerlukan penstriman dari PC.

Steam Controller

Akhir sekali ialah Steam Controller yang telah diberi nafas baharu. Alat kawalan ini dicipta untuk memberikan pengalaman gaming yang boleh diubah suai sepenuhnya pada mana-mana peranti yang menyokong Steam.

Reka bentuknya mempunyai persamaan dengan Steam Deck, yang menjamin keseragaman input dan membolehkan akses serta-merta kepada ribuan konfigurasi kawalan yang telah dihasilkan oleh komuniti.

Satu ciri inovatif yang diperkenalkan ialah “Grip Sense,” yang mengaktifkan sasaran berasaskan giro melalui sentuhan kapasitif pada bahagian pemegang. Alat kawalan ini juga dilengkapi thumbstick magnetik yang menjanjikan tindak balas lebih pantas dan ketahanan jangka panjang.

  • Pelbagai Pilihan Sambungan: Boleh disambungkan melalui puck wayarles yang turut berfungsi sebagai dok pengecas, atau secara alternatif menggunakan sambungan Bluetooth dan USB.
  • Maklum Balas Haptik Canggih: Motor getaran berdefinisi tinggi mampu menghasilkan maklum balas yang mengasyikkan.
  • Input Menyeluruh: Dilengkapi dengan dua pad jejak, kawalan gerakan, serta empat butang cengkaman tambahan untuk pilihan customization yang luas.
  • Reka Bentuk Ergonomik: Direka khas untuk memastikan keselesaan maksimum semasa sesi gaming yang berpanjangan, dengan kedudukan butang yang intuitif.
Tags: Steam ControllerSteam FrameSteam Machine
ShareTweetSend
Previous Post

Inilah Rupa Palworld Mobile – Ujian Alpha Akan Datang Disember 2025!

Next Post

Ratchet & Clank Kembali Dengan Game Mobile Baharu ‘Ranger Rumble!’

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Ratchet & Clank Kembali Dengan Game Mobile Baharu ‘Ranger Rumble!’

Ratchet & Clank Kembali Dengan Game Mobile Baharu 'Ranger Rumble!'

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd