Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Steam Scream Fest 2025 Menawarkan Diskaun Terhebat untuk Game-Game Seram!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 29, 2025
in Artikel, Berita, PC, Promosi, Seram, Steam
0 0
0
Steam Scream Fest 2025 Menawarkan Diskaun Terhebat untuk Game-Game Seram!
Share on FacebookShare on Twitter

Valve telah memulakan sambutan Halloween tahunannya dengan Steam Scream Fest 2025, yang menawarkan tawaran-tawaran hebat untuk game seram selama seminggu.

Acara yang berlangsung sejak 27 Oktober hingga 3 November ini telah membawakan pelbagai diskaun, dengan beberapa judul popular dan baharu jatuh ke harga terendah pernah direkodkan.

Jualan tahun ini amat istimewa kerana ada beberapa harga terendah dalam sejarah untuk pengalaman seram yang sangat dinanti-nantikan. Game seram intensif yang memerlukan mikrofon, DON’T SCREAM, telah menyaksikan harganya dipotong sebanyak 55%, kini tersedia pada harga rekod terendah RM17.32.

Peminat seram survival juga boleh menerokai kesunyian dengan A Quiet Place: The Road Ahead, yang tersedia pada harga RM39.50, iaitu diskaun sebanyak 50%. Game survival open world yang popular, Sons Of The Forest, juga telah mencapai harga terendah sepanjang masa, dengan penurunan harga sebanyak 68% kepada RM23.04.

Jualan hebat ini tidak terhenti di situ. The Casting of Frank Stone, sebuah game seram sinematik daripada pembangun Until Dawn yang berlatarkan dunia Dead by Daylight, tersedia pada harga RM24.42.

Tawaran hebat lain dalam senarai jualan terlaris termasuk judul seram cooperative The Outlast Trials, yang diturunkan sebanyak 70% kepada RM26.40. Peminat-peminat zombie boleh mendapatkan Dead Island 2 dengan harga RM47.07, satu diskaun hebat sebanyak 70%.

Di samping itu, game klasik seram survival yang diolah semula, Alone in the Dark, menyaksikan potongan harga yang besar sebanyak 60%, menurunkannya kepada RM35.20.

Steam Scream Fest akan berakhir pada 3 November, memberikan masa yang terhad kepada untuk meluaskan koleksi game mereka dengan tawaran-tawaran hebat ini.

Tags: Steam Scream
ShareTweetSend
Previous Post

Tidak Perlu Bayar! Alami Battlefield REDSEC Sekarang, Battle Royale Baharu Untuk PC & Konsol!

Next Post

Reviu DRAGON QUEST I & II HD-2D Remake – Satu Wira, Satu Pasukan, Dua Pengembaraan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Reviu DRAGON QUEST I & II HD-2D Remake – Satu Wira, Satu Pasukan, Dua Pengembaraan!

Reviu DRAGON QUEST I & II HD-2D Remake - Satu Wira, Satu Pasukan, Dua Pengembaraan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd