Apabila Boruto: Naruto Next Generations pertama kali mengumumkan story arc istimewa untuk meraikan Ulang Tahun ke-20 francais Naruto, salah satu daripada janji mereka ialah untuk kembalikan beberapa adegan lucu pada awal siri bersama-sama dengan watak kegemaran peminat. Episod terbaru telah membawa kembali watak yang tiada seperti Jiraiya dan dengan kembali pahlawan gatal ini, muncul juga satu jurus lucu dari siri asal, Sexy no Jutsu.
Apabila Boruto dan Sasuke cuba membuktikan mereka hanya penghibur jalanan ke Tsunade, beliau telah menugaskan Naruto dan Jiraiya untuk mengawasi mereka. Jiraiya pada awalnya menolak dan berharap mereka adalah gadis cantik, lantas memberikan idea kepada Boruto untuk menggunakan teknik transformasi.
Transformasi seksi Boruto dengan cepat mendapat persetujuan Jiraiya, tetapi menjengkelkan Naruto muda. Dia cemburu dengan Boruto yang berlagak, tetapi kenyataan Boruto memang seperti itu. Dia tidak pernah menyatakan bahawa dia boleh menggunakan teknik ini sebelum ini, atau menyebut di mana dia belajar, tetapi selain daripada mahirkan salah satu jurus ikonik ayahnya, Boruto lebih baik dalam teknik ini.
https://twitter.com/uzmkarma/status/1185911003151847425
Ia juga merupakan deskripsi yang baik tentang bagaimana Boruto lebih maju berbanding Naruto semasa di usianya. Naruto tidak pernah diberkati dengan bakat seperti Boruto, dan inilah sebabnya mengapa Naruto yang lebih muda juga cemburu. Tetapi mereka berjaya hubungan ini kemudian dalam episod itu, dan kini peminat akan melihat betapa Boruto dan bapanya akan berinteraksi sekarang memandangkan usia mereka adalah sama. Berikut adalah sedikut sedutan episod ini:
https://www.youtube.com/watch?v=Eg5XI1hI5WM
@gamersantaimy
Discussion about this post