Sempena pelancaran global Pokémon Legends: Z-A yang bakal tiba tidak lama lagi, para peminat di Malaysia mempunyai banyak sebab untuk teruja. Sebuah acara pelancaran besar-besaran selama empat hari telah diumumkan, yang akan berlangsung dari 16 hingga 19 Oktober di Sunway Pyramid Blue Atrium.
Acara ini menjanjikan pelbagai aktiviti untuk peminat Pokémon dari semua peringkat umur. Tarikan utamanya ialah sesi trial play yang pertama untuk Pokémon Legends: Z-A di negara kita.
Selain berpeluang mencuba game baharu ini, para pengunjung juga boleh menikmati dunia Pokémon dengan pelbagai tarikan lain, termasuk:
- Kedai Pop-Up Pokémon untuk barangan eksklusif
- Sesi Tutorial Pokémon Trading Card Game (TCG) untuk pemain baharu
- Game arked popular Pokémon Mezastar
- Stesen Mewarna Pokémon di mana anda boleh mereka kad Pokémon sendiri
- Aktiviti ria dan permainan seperti Bingo Pokémon dan Kuiz Pokémon Legends: Z-A
- Sesi Meet & Greet bersama Pikachu untuk peluang bergambar
Keseronokan tidak terhenti di situ. Bagi mereka yang tidak dapat hadir ke acara pelancaran awal, pusingan kedua ‘trial play‘ Pokémon Legends: Z-A akan diadakan di 1 Utama Shopping Centre dari 23 hingga 26 Oktober.
Semua acara adalah tertakluk kepada perubahan dan pembatalan. Pihak penganjur berhak untuk meminda kandungan acara tanpa sebarang notis awal.
Tentang Pokémon Legends: Z-A
Acara di Malaysia ini diadakan bagi meraikan pelancaran Pokémon Legends: Z-A, game utama seterusnya dalam francais yang diminati ramai ini. Sebagai sekuel kepada Pokémon X dan Y, latar ditetapkan sepenuhnya di Lumiose City, sebuah bandar besar di wilayah Kalos. Kisahnya memfokuskan pada sebuah projek pembangunan semula bandar dan kepulangan mekanik Mega Evolution.
Berbeza daripada sistem combat turn-based tradisional siri ini, Legends: Z-A menampilkan sistem combat aksi masa nyata (real-time), mirip dengan game sebelumnya, Pokémon Legends: Arceus.
Pokémon Legends: Z-A akan dilancarkan di seluruh dunia pada 16 Oktober 2025, untuk konsol Nintendo Switch dan sistem Nintendo Switch 2.









Discussion about this post