Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Monster Hunter Wilds Berkolaborasi Dengan Final Fantasy XIV, Omega Planetes Muncul Dalam Update September

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 26, 2025
in Action, Artikel, Berita, DLC, DLC percuma, Kolaborasi, MHWilds, Open World, PC, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Monster Hunter Wilds Berkolaborasi Dengan Final Fantasy XIV, Omega Planetes Muncul Dalam Update September
Share on FacebookShare on Twitter

Capcom telah mengumumkan kandungan utama seterusnya untuk game popularnya, Monster Hunter Wilds, mendedahkan sebuah kolaborasi mega dengan Final Fantasy XIV Online dari Square Enix. Free Title Update ketiga game ini akan dilancarkan pada 29 September 2025, dan akan menampilkan mesin perentas dimensi, Omega Planetes, sebagai raksasa baharu yang boleh diburu.

Dalam sebuah trailer baharu yang dibentangkan oleh produser Monster Hunter Wilds, Ryozo Tsujimoto, butiran untuk Title Update 3 telah didedahkan. Tumpuan utamanya ialah acara kolaborasi di mana para hunter akan bergabung tenaga dengan para pengunjung dari dunia Eorzea. Pemburuan baharu menentang Omega Planetes direka untuk mencabar pemain Monster Hunter Wilds dengan cara baharu, menggabungkan mekanik combat unik yang diambil terus dari Final Fantasy XIV.

Kolaborasi ini bukan sahaja tertumpu pada pemburuan, malah membolehkan pemain menggunakan kuasa dua job ikonik dari Final Fantasy XIV.

  • Dark Knight: Para hunter boleh menjadi ‘tank’ yang digeruni ini dengan memakai set Bale Armor α. Mengaktifkan skil “Soul of the Dark Knight” akan memberikan akses kepada abiliti pertahanan yang hebat, “The Blackest Night.” Di samping itu, Great Sword “Shadowbringer” akan didatangkan dengan skil senjata yang eksklusif.
  • Pictomancer: Dengan menggunakan item “Soul of the Pictomancer” daripada pouch mereka, pemain boleh menggunakan spell pictomancy yang unik, seperti Pom Motif, untuk membantu mereka dalam combat.

Kandungan kolaborasi ini turut dilengkapkan dengan kelengkapan bertema baharu untuk rakan Palico dan Seikret, serta ganjaran kosmetik termasuk pendant dan gesture baharu.

Title Update 3 juga membawa lebih banyak cabaran ke Forbidden Lands. Raksasa Arch-tempered Nu Udra baharu akan ditambah sebagai Event Quest kekal, yang memberi ganjaran bahan eksklusif kepada para hunter untuk menghasilkan kelengkapan baharu yang hebat. Update ini juga akan memperkenalkan quest baharu untuk bahan Artian rarity 8, Seregios Challenge Quest buatmasa terhad, dan Arch-tempered Nu Udra Free Challenge Quest.

Tambahan pula, pemain boleh menebus empat gesture nostalgia sebagai DLC percuma. Update ini akan diiringi dengan pelancaran Cosmetic Downloadable Content Pack 3 dan kandungan digital berbayar yang lain.

Melihat kepada perancangan akan datang, para hunter boleh menantikan acara musim luruh, “Festival of Accord: Dreamspell.” Grand Hub akan dihiasi dengan dekorasi seram yang menarik dan akan menampilkan Event Quest baharu serta ganjaran eksklusif dalam game.

Capcom turut memberikan gambaran awal tentang masa depan, mengesahkan bahawa Free Title Update keempat dijadualkan pada bulan Disember. Kemas kini musim sejuk ini akan menyaksikan kepulangan Elder Dragon gergasi, Gogmazios, yang akan turun ke Forbidden Lands bersama-sama kandungan end-game tambahan.

Monster Hunter Wilds kini tersedia di PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam.

Tags: DLCfinal fantasy xivMonster Hunter Wilds
ShareTweetSend
Previous Post

SEGA Umum Yakuza Kiwami 3 & Dark Ties, Pengalaman Remake & Prekuel Dua-Dalam-Satu, Dilancarkan Februari 2026

Next Post

Pelancaran Code Vein II Sah Pada 30 Januari 2026

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Pelancaran Code Vein II Sah Pada 30 Januari 2026

Pelancaran Code Vein II Sah Pada 30 Januari 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd